Klik klik

V . I . P GUEST

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, April 26, 2011

Suami pijak perut isteri..apakaahhhh???

KAJANG: Akibat geram selepas berlaku pertengkaran, seorang suami sanggup membelasah isterinya yang mengandung tujuh bulan di rumah mereka, di Bandar Mahkota, Cheras, kelmarin.
Lebih malang lagi, perut wanita berusia 21 tahun itu turut ditendang dan dipijak suaminya itu. Malah, kejadian itu dikatakan kerap berlaku. 


Sumber berkata, dalam kejadian terbaru kira-kira 4.30 petang itu, pasangan suami isteri berkenaan bertengkar lagi sebelum lelaki terbabit bertindak memukul dan menendang isterinya malah turut duduk di atas perut isterinya walaupun mengetahui isterinya itu sedang sarat mengandung.

“Suspek sering melakukan perkara sedemikian dan kemuncak perbuatannya apabila dia bertindak memijak perut dan menendang punggung isterinya.



“Wanita malang itu sering bersabar dengan tindakan suaminya itu dengan harapan suaminya akan berubah suatu hari nanti,” katanya. 



sumber dr google


Sumber : Metro

Alahhaiii..kenapa ini harus terjadi? Menggeleng kepala aku bila baca kejadian ni..Sedih pun ada..Marah dan geram jugak kat kaum lelaki..Kenapa dorang nih sanggup pukul isteri yang sedang mengandungkan zuriat dorang yer? Dah takde hati perut ke?

“Wanita malang itu sering bersabar dengan tindakan suaminya itu dengan harapan suaminya akan berubah suatu hari nanti,” katanya. Ini lah antara bukti kenapa wanita begitu mulia dan istimewa makhluk ciptaan-Nya..Jadi kenapa harus di sia sia kan kaum hawa? Kenapa harus disakiti tubuh insan lemah..

Rasulullah Saw. dalam sebuah haditsnya bersabda, ‘La tadhribu imaallah!’[1] Maknanya, ‘Jangan kalian pukul kaum perempuan!’ Dalam hadits yang lain, beliau menjelaskan bahwa sebaik-baik lelaki atau suami adalah yang berbuat baik pada isterinya.[2] (Sumber sini)

Nahhh..hamek ko..kang aku dah kuarkan hadis kang..haaa...Lelaki yang BAIK adalah lelaki yang tidak mengasari kaum wanita..Aku kang cukup-cukup pantang ngan jantan yang soka soki mak hapak ko nak pukol-pukol anak pompuan orang.. Tahu lah jadik bini ko..tapi bukan itu tiket ko nak lempang dorang sesuka hati MELAINKAN bini ko tuh jenis KAKI DISKO ke KAKI JANTAN ke KAKI JUDI ke KAKI SHOPPING..oh..kaki shopping terkecuali..hah..bini jenis nih boley laa korang nak lempang..

“….hendaklah kamu beri nasihat dan kamu tinggalkan sendirian di tempat tidurnya dan kamu pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakiti badannya). Jika perempuan itu telah taat kepadamu, janganlah kamu mencari jalan untuk menganiayanya.”

Pukulan bukanlah satu jalan penyelesaian kepada masalah tetapi lebih kepada jalan terakhir bagi suami untuk menasihati isteri..Tak perlulah korang tunjuk "debe" atau hebat dengan kaum wanita..Tapi orang zaman sekarang nih salah sikit sepak..salah sikit terajang..salah sikit penampar..salah sikit pijak..Giler saiko betulll..Paling tak tahan SUAMI MENGAMUK PUKUL ISTERI KERANA DIKEJUTKAN SUPAYA MENUNAIKAN SOLAT..wtf?? Dah la jahil..pukul bini pulak..Oh..mintak di jauhkan makhluk durjana ini dari hidup kita..

Dah laa..tak kosa nak mengadap citer-citer kejam + zalim gini..Aku rasa nih hanya cebisan dari kisah-kisah rumahtangga yang kita tak tahu..Harap-jharap kita bukan dari kalangan ini..Buat sang suami atau bakal suami atau anak teruna lagi (ade kew..keh keh keh)..sayangilah wanita @ isteri @ ibu..Jangan di sakiti mereka kerana merekalah tempat anda bermanja.berkasih sayang segala..Buat sang isteri..toksah laaa duk taat sangat..Dah kalo kejut bangun tido untuk solat pon makan penampar..blahhhh laaa wehhhh...(Oo..jahat statement aku..) bukan bermaksud begitu tapi taat seorang isteri harus lah berpada-pada..Serah diri hanya kepada DIA..InsyaAllah..Allah Maha Penyayang...

Untuk anak-anak dara..Korang berhati-hati lah pilih suami..Zaman sekarang agaknye dah pupus lelaki budiman (agaknye laa)..Jangan kerana chentaaaa..korang menderita seumo idop..Dah kawin baru ko tahu sape laki korang..masa tuh dah terlambat..Ingat..kita orang pompuan..seboleh bolehnya hanya mahu sekali seumur hidup untuk berumahtangga..tapi kalo takde jodoh nak buat camno..kan..Takpe lah

Panjang pulak entri aku..dari takdak idea..terus terbonjol kuar citer hot neh..Layan je lah pada yang nak layan tuh..kalo bosan..buleyy skipp .. huhuhu..bai baiii


2 comments:

  1. ishk3... drama cekarama dah tgk... huhu

    knapalah dia boleh sabo lg? x faham kenapa...

    ReplyDelete
  2. orang pompuan cenggitu lah bila kata dah sayaaangggg..
    nyampah tauu!!

    ReplyDelete

kalo rase artikel neh best or tak best or hape-hape haje..sile lah kasik teguran buat saye yer :)

Klik klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...