Klik klik

V . I . P GUEST

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, November 21, 2010

Isteri Yang Terpilu..

Assalamualaikum..salam 1Malaysia..semuga korang sehat2 sume hendaknye..akceli..arinih xder topik pun nak share..Maklumlah baru lepas sambut hari raya korban baru-baru ni...Otak pun tengah beku dek lemak² daging korban..makcik² sume sebok buat sup..tak terkecuali mak aku ngan mak mentua aku..ewah²..dah macam kenduri pulak yek.. hehehe..


Sebenarnye..rase² nye arini nak luah perasaan pun ade gak..just wanna share..aku nak gtau yang arinih..pada tanggal 21 November ni..besday my lovely husband..Enchek Khairul..Alahai..dah lah xder present..wish pun idak malam tadi..guwa tido awal seyhh..tetibe celik bijik mata pagi tadi..kul 5.10 pagi..tgk henfon..nampak alarm besday enchek hubby..aiyaakkkk...macamane bleh tetido awal lak nih..tgk henfon pun sbb tekejut ngan suara Kesya..bagus eh anak mummy sorang neh..suara mengalahkan speaker keta abah yer?


Dan² tuh jugak aku tgk orang sebelah..


Aku : Yang..yang..(tepuk² manja kat bahu beliau..slow² ajer..)
Hubby : Erm..(ngah mamai kut)
Aku : Happy Birthday sayang
Hubby : Baru nak wish? (selamba wa..wa..cha..cha..)
Aku : uwaaaaa...ayg tetido..sorry..
Hubby : Ye lah ye lah..tido je lah..


Kejamnye aku..last year..sempat gak wish 12.00 tghmalam..walaupun tgh tido..set kat henfon..letak tepi tlinga..takut terbabas. Lepas wish aku sambung pejam mata balik..Baik tak aku? Isteri yg sangat² baik kan? Dah la xder spesel suprise utk beliau..tahun lepas sempat jugak prepare sikit²..Tahun nih bajet lari..hohoho..sadis ehh..Kalo besday aku cenggini..Alamak seharian lah laki aku ngadap muka aku yg kelat macam tapir..Kah kah kah..


Okeh..kembali siyes..nak wish sket..walaupun beliau tidak pernah mengetahui kewujudan blog buruk guwa neh..guwa tak kesah..huhu..utk kepuasan diri sendiri ajek..


To my husband..


Happy 25th Birthday to u..
May Allah bless u..and thanks to Allah coz give me a very happy family..Kurniakan ayg seorang suami yang benar-benar memahami ayang seada-adanya diri ini. Memberikan kita kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang dengan penuh ketabahan.Semoga bertambahnya usia Sayang, semakin kuatlah semangat Sayang untuk membahagiakan puteri-puteri kesayangan kita. Semoga Allah memberikan Sayang kesihatan yang baik agar dapat Sayang menyempurnakan tanggungjawab Sayang sebagai hamba-Nya..Sama-samalah kita mempertahankan masjid yang dibina atas dasar cinta agar ia tidak hanyut di badai ombak kehidupan.




Baik Baik Sayang



Aku tak ingin kau menangis bersedih

Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku

Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan

Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku



Nota kaki : guwa xpandai nak letak² lagu nih..nak kasik lagi romantis org kate..so..lirik lagu pun oke wut?

Monday, November 15, 2010

Goda Suami Agar Kembali Mencintai

Dah dua tiga hari ni mood nak berbelog melimpah ruah..tapi yang parahnye takde la pulak idea yang kuar bile napsu menaip dah begelora nih..heheh..lucah la pulak bunyi nyer..ermmm...sebernarnye aku nih masih tak fasih dalam dunia blogging ni.Kejap2 view blog orang yg lebih terrer..nape laa dorang  ni byk sangat idea nak menaip..Nahhh..ambik kau..org nak main blog..aku pun sibuk tergedik2 create blog same..kan..padan muka..hohoho..


Nak crite pasal ape yerk?? Cam xde idea plak..tp tadi waktu tengah belek² satu artikel ni..aku rasa intresting gak buat puan-puan isteri ni..termasuk aku..jum lah..jgn banyak songeh..bace jer artikel ni.


-------------------------------------------------------------------------


Rasanya tidak sah jika kehidupan berumahtangga yang dilalui tidak ditimpa badai atau gelora. Meskipun cuba untuk dielakkan, masalah pasti datang jua untuk menguji kesetiaan serta cinta yang terjalin.

Tidak dinafikan dugaan yang melanda sedikit sebanyak mampu mengurangkan rasa cinta yang bersemi di hati. Bagi kaum lelaki ini mungkin merupakan peluang untuk mereka mencari yang lain.

Jangan biarkan perkara tersebut berlaku dan sebagai wanita anda perlu bijak untuk menarik perhatian suami agar mereka selalu merasakan bahawa anda merupakan wanita terbaik serta serasi buat mereka.

Di sini dinyatakan beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh mereka yang bergelar isteri agar suami yang dicintai tidak mencari 'makan' diluar.





Setiap pasangan impikan
mahligai yg bahagia
1. Berani mencuba
Hal ini selalu dikaitkan dengan hubungan seksual. Tidak dinafikan wanita sedikit pemalu untuk memulakan hubungan seksual walaupun bersama suami masing-masing. Kebiasaannya suami yang akan mendominasi dan wanita hanya akan menyerah sahaja.

Untuk mendapatkan kelainan apa kata sekali-sekala anda yang memulakannya dahulu. Berikan layanan terbaik serta kejutan kepada suami. Dengan layanan yang hangat serta lain daripada kebiasaan, sudah pasti suami anda tidak mampu untuk melupakan detik indah tersebut.

Sebaiknya sebagai isteri anda tidak perlu ada perasaan malu kerana anda halal di sisi suami anda.

2. Bijak menghias diri
Terdapat segelintir wanita yang hanya bijak menghias diri apabila mahu keluar bekerja atau menghadiri majlis-majlis tertentu. Sebaliknya jika di rumah bersama suami, penampilan diri selalu diabaikan.

Lebih teruk apabila suami pulang dari tempat kerja, isterinya masih belum mandi dan selesa dengan pakaian tidur yang belum berganti. Keadaan ini pastinya akan menimbulkan rasa tidak selesa suami.

Jalan terbaik, anda harus menjaga penampilan tidak kira di dalam atau di luar rumah. Anda harus ingat, semua lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang bijak menghias diri dan penampilan. Jangan sampai suami anda jatuh hati dengan wanita di pejabatnya gara-gara penampilan buruk anda.

3. Kemas bilik tidur
Untuk menambat hati suami, pastikan bilik tidur anda sentiasa kemas, bersih dan berbau wangi. Ini kerana sebagai pasangan suami isteri, bilik tidur adalah tempat paling romantis dan privasi untuk anda berdua.

Di bilik tidur semua perkara boleh dibincangkan oleh pasangan dan bilik tidur yang selesa pastinya akan mendamaikan suami. Jadi apabila berdua-duaan bersama suami di bilik tidur, jalankan peranan anda dan rangsang suami agar terus jatuh cinta kepada anda.

Dengan rangsangan yang anda beri serta persekitaran yang bersih, suami anda pastinya tidak mampu untuk meninggalkan anda.

4. Bersikap aktif dan agresif
Ramai wanita yang tidak sedar bahawa golongan lelaki sebenarnya lebih suka kepada wanita yang berdikari, aktif dan agresif. Lelaki paling tidak suka dengan wanita yang pendiam dan hanya akan bersuara apabila ditanya.

Oleh sebab itu wanita perlu banyak membaca dan mengetahui banyak isu-isu semasa agar anda boleh berkomunikasi dengan suami anda dengan lebih baik.

Suami pastinya akan berasa bangga jika mempunyai isteri yang mampu memberikan pandangan serta pendapat tentang apa sahaja isu. Bukan seperti kebanyakan wanita yang lebih suka bergosip daripada membaca bahan bacaan yang banyak memberikan faedah.

5. Sentiasa sopan
Jangan sekali-kali menunjukkan sikap kasar kepada suami. Ini kerana ego seorang suami sangat tinggi dan mereka sentiasa mahu dihormati oleh seorang yang bergelar isteri.

Kalau boleh penuhi segala kehendaknya selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran agama. Sikap anda yang sentiasa bersoapan santun dan memenuhi keinginannya sudah pasti akan mengikat hatinya daripada beralih cinta kepada wanita lain.

Secara psikologinya, sikap anda itu juga secara tidak langsung mampu untuk mempengaruhi suami untuk kembali bercinta dengan anda.

6. Jangan menipu dan selalu bersikap terbuka
Tiada mana-mana lelaki yang suka ditipu oleh isteri masing-masing. Oleh sebab itu anda perlu bersikap terbuka dan jujur dalam menjalinkan hubungan sebagai pasangan suami isteri.

Sebagai isteri, jika anda tidak suka dengan perkara yang dilakukan oleh suami, jangan sekali-kali mendiamkan diri. Ini kerana itu tandanya anda bersetuju dengan tindakannya.

Sebaliknya cakaplah berterus-terang dan nyatakan rasionalnya mengapa anda tidak suka dia melakukannya. Sikap anda yang jujur, telus dan sentiasa memberikan teguran membina kepadanya akan menguatkan lagi cinta suami anda kepada anda.

7. Beri pujian
Tidak kira lelaki atau wanita, masing-masing akan berasa suka apabila menerima pujian. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu selalu memuji suami agar dia berasa bangga dan dihargai.

Tapi awas, jangan sekali-kali memberikan pujian palsu kerana ia hanya akan memudaratkan perhubungan yang terjalin. Sebaliknya nyatakan kelemahannya dengan cara yang paling sopan dan berikan kata-kata semangat bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Semua ini akan membuatkan suami anda tampil lebih baik pada masa yang akan datang dan cintanya kepada anda juga akan kembali mekar mewangi.



Ingat yer puan-puan isteri, bukan senang nak jadi isteri..dan bukan jugak payah tanggungjawab kita.Asalkan kita tahu menjaga maruah suami,mentaatinya Insyaallah..pasti ada ganjaran kita dari-Nya.

Monday, November 1, 2010

Kenapa Wanita Menangis..??

Waaaaa...arinih penuh semangat beb..apesal? kih kih kih..mesti lah sebab Kelantan julung-julung kalinye menang Piala Malaysia 2010..Kelantan kemarau piala dah lama..kalo xsalah kepahaman aku pasal bola nih..agak-agak dah 89 tahun dah Kelantan dahagakan piala yang berprestij inih..hohoho.. Gomo Kelate Gomo..oyeaahhh...you go guys..wakakahakahakah..oke... 

Tu dia..pembuka bicara..pasal bola okeh..tp aku bukan nak crite pasal bola okeh..sah2 tajuk entry takkan sama ngan pembuka kata kann??? kah kah kah..oke..siyes2..aku nak crite pasal kenapa wanita menangis..?? Kenape yer? Kenapa wanita mudah menangis?? Murah sangatkah harga air mata wanita?? Lelaki juga tidak ketinggalan..Bohonglah kiranya ada lelaki yang tidak pernah menitiskan air mata kan..kan? Kita,setiap manusia dianugerahi oleh Ilahi dengan setiap perassan suka, duka,ingin berkasih sayang dan marah. Aku sendiri pun selalu menangis. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkannya menangis dan tertawa bila ia mampu.Wanita juga umpama bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, maka bermalamlah dalam kegelapan.



Punca wanita menangis : 

  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress - dalam masa yang sama dapat membuang bahan kimia yg terdapat dalam mata )
  • Mengurangkan stress
  • Tanda keinsafan atau penyesalan
  • Sebagai ugutan emosi 
  • Meluahkan rasa kerinduan (hurm..buley jadi.. :p )
Seperti yang kita tahu..perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini,membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3. Aku kena pikir balik kalo nak nanges..huhuhu...


Kesan tangisan :
  • Mendapat perhatian
  • Lelaki jadi bingung
  • Orang lain dapat mesej (yg nih aku xbrape sure)
  • Mata bersih dan sihat (lepas nanges..aku rase ngantok sesangat)
  • Suasana rumahtangga tergugat (bergantung kut..)
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1.   Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2.   Selalu berdoa kepada Allah
3.   Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4.   Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati).Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. (yeaaahhh..betul sesangat lah kenyataan ini)


Firman Allah :

Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama.Allah ciptakan bahunya agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Begitu juga bahu itu begitu nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur .

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan  dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali, ia kerap menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan yang akan membuatnya bertahan, pantang menyerah, saat semua sudah berputus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walaupun letih, sakit, lelah tanpa keluh kesah.

Allah memberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anak-anaknya walau dalam situasi apapun.

Allah memberi wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab..bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak terkoyak?

Allah memberikannya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah suami yang tidak pernah melukai hati isterinya. Walaupun kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar terus saling  lengkap melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus berikan kepada wanita agar dapat digunakan sampai bila-bila pun. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah " air mata kehidupan "



Wanita dan air mata bagaikan teman sejati. Setuju?

Tuesday, October 26, 2010

Sembang Petang :)

Fuuuhhhh...Pagi tadi aku menghadiri satu ujian saringan untuk membolehkan aku dipilih untuk ditemuduga oleh panel yang telah ditetapkan oleh USM. Ingat..bukan mudah nak dapat kerja skarang..Sementelah aku hanya staf sambilan di pusat pengajian ini..Lepas ujian sariangan secara objektif, minda aku di uji lagi..Kali ni bahagian berkomputer pula..Ye lah..selalu ngadap komputer kan..?? tapi bila time exam..feel nak menaip dengan kadar seberapa pantas tu terbantut dek debaran di dada yang maha hebat ni.. :)

Akhirnya..alhamdulillah..kedua² sesi ujian tersebut selamat aku jalani..Sekarang ni aku bertawakal dan berserah..kalau ada rezeki anak-anak aku..pasti takkan kemana..hehehe (skema jer ayat nieh kan? ahaks)..
Arini dah ari kedua enchek husban takde..dia ke Kalumpo menghadiri seminar di sana..Ermm..pelikkan? bila enchek hubby xde disisi..rase cam xde sebelah kaki? lalalalalalal...oke..malalut pulak..

Wan Nur Afrina Safiyya a.k.a Dona
Sebenarnye..aku tringatkan my both of little princeses kat umah tu..ops...lupa nak kenalkan..Aku dah berkahwin dan di kurniakan 2 org cahaya mata yang comel ² ( bagi kitorg lah ni..). Yang sulung di lahirkan pada 21 Mei 2009 (Khamis) pada jam 10.55 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia..
Alhamdulillah..cahaya mata pertama kami lahir secara normal dengan berat 3.1kg dan diberi nama Wan Nur Afrina Safiyya..

Waktu aku sakit untuk bersalin, aku demam..agak teruk jugak lah sebab aku ni jenis yang susah nak demam..ditakdirkan haritu..aku tiba² demam..mungkin dek penangan kontraksi yang baru kali pertama dirasai. Disebabkan aku ni demam..sebaik baby deliver..baby aku di tempatkan di NICU (Neonatal Intensive Care Unit) atas sebab-sebab untuk mengelakkan jangkitan kepada baby..Baby aku ditahan disana selama beberapa hari.

waaaaa....
Bila dah besar sikit..sy suka buat muke cenggini

Wan Nur Adrina Khalesyya a.k.a Kesya
Tu yang petama..yang kedua pulak lahir taun nih.. :D . Aku selamat bersalin pada 10 Jun 2010 iaitu 2 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan yang doktor kasik. Yang nih, alhamdulillah..dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Seken baby lahir pada 9.45 pagi pada hari Khamis secara normal. Berat bayi aku kali ni 3.45kg dan segala-galanya berjalan dengan baik dan aku selamat berpantang di rumah mak aku di Jalan PCB. 

Time tuh la segala-galanye bermula bila si kakak yang baru berumur setahun 2 minggu (time aku bersalin) tgk adik yang lagi kecik dari size dia..huahuahuaa...aku cam nak gelak pun ade..sakit hati pun ade jugak..nak marah pun boleh bekira..Kakak punye tahap kemanjaan nye tersangat lah membuatkan aku kadang2 gelak sengsorang.. Kakak langsung taknak masuk dekat ngan Mummy sementelah melihat mummy hanya terbaring aje..yang paling xleh tahan tu, ayah a.k.a abah nye jadi org yang tesangat sibuk..sebab..kakak asyik nak dokong aje..xnak duduk sendirian..Kata mak mentua aku..barangkali dia irihati melihat kehadiran orang baru..mungkin juga bimbang kalau² perhatian mummy dan abah sudah beralih arah kepada baby seorang.Aku geleng kepala..Kesian abah..kemana-mana aje abah pegi, kakak mesti ada kat dakapan dia..dah macam kolar bear dah aku tgk dua beranak ni..Tapi..aku respect habis lah sama enchek hubby..bukan nak memuji suami sendiri, sebab..kerana beliau lah yang bersusah payah menangani masalah si kakak ni..asyik moody je keje nye..sikit² nanges..kalau hajatnye tak dituruti..jawabnye...jerit tangis die aje lah yg kedengaran..selang 5 minit skali plak tu..dah bingit telinga aku nih..Terima kasih sayang..Nasib baik jugak mak aku selalu ada disisi..time abah keje..kakak bermanja ngan nenek dia..ishk3..sampai skarang pun kakak masih manja lagi..
I'm going to school!!
Ngantok ah mummy..

Erm..rasenye dah panjang plak entry kali ni..nih baru sikit...baru nak masuk bab cite pasal anak-anak..Belum lagi pasal kehidupan seharian..Kadang²..aku terfikir jugak lah..kenape ye ade wanita yang dikatakan bekerjaya yang terlalu mementingkan diri (aku kira lah..) dengan menidakkan nikmat hidup untuk bekeluarga..Bagi aku sendiri, aku rasa kehidupan aku lebih lengkap sekarang..Walau tidak tidur beralaskan wang ringgit tapi Alhamdulillah, setakat ni aku bersyukur dikurnaikan keluarga yang bahagia..Anak-anak yang comel (bagi aku ngan enchek hubby) dan suami yang memahami.. Walau sekarang kehidupan aku lebih kepada ala kadar dan bersederhana...aku percaya..ada ganjaran yang menanti buat kami sekeluarga kelak..InsyaAllah..

Dan kepada Wan Mohd Khairul Anuar...Ayg selalu mendoakan agar kebahagiaan ini bukan sekadar sementara..biarlah ia kekal suci hingga akhir hayat kita..Semoga cinta ini cinta sejati..(cewaahhh..jiwang pulak ;p)

Untuk puteri-puteri mummy yang tercinta..Ketahuilah anakku..Kamulah permata hati Mummy dan Abah yang tiada galang ganti..Membesarlah sebagai anak yang solehah..Sesungguhnya tiada harta yang lebih berharga melainkan kebahagiaan dan kejayaan kalian di dunia dan akhirat..

Monday, October 25, 2010

Suatu permulaan..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..sekian lama aku hanya meninjau blog-blog org..akhirnya..lahir juga blog aku sendiri..Macam tak pecaye pun ada..Ye lah..sebab aku ni tak pandai sgt pasal dunia blog-blog ni..baru nak berjinak-jinak..Insyaallah..segala kelemahan akan di perbaiki..


First entry ni nak berbicara pasal ape ye? Cukup lah sekadar menjenguk-jenguk aje..dah terlalu gembira pun ade..hehehe..Mungkin lain kali..aku akan dapat lebih byk idea nak meluahkan dalam blog ni..syukur..Kelahiran "anak" yang ketiga ni..akan menceriakan hari-hari yang mendatang.. 

Klik klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...