Klik klik

V . I . P GUEST

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 7, 2011

Lelaki dan Kucing

Salam dan samat pagi. 
Harini mood dah agak sedikit oke berbanding semalam.Tak tahu lah kenapa..tetiba jer moody pulak di petang² hari..Hurm..So arini..Mulakan dengan lafaz bismillahirohmanirahim membuka lembaran baru. Ahaks~

Macam biasa aku datang ofis godek-godek email duluh. Alahh..takde mende selain dari email facebook. Ade beberapa request endeng komen² gambar yang dorang tagged name aku..Apekejadahnye pon aku tak tau.Tak larat nak remove satu²..Oke perasan. Macam lah banyak sangat..Hahaha..

Okeh..lepas godek-godek email, aku jumpa satu email yang aku kira agak menarik. Dah lama dalam simpanan aku.. Pasai apa? Pasai tuu..tajuk entry kali nih.. Cam comel jer kan? Hak Hak Hak..Okeh..kembali siyes.Jika nak mengenali lelaki cubalah baca sampai habis. Lelaki boley di ibaratkan seperti KUCING JANTAN. Mengapa???

1 )   Kucing jantan suka dibelai

Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

Pandangan aku : Berlembut? Nati diorang "pijak" kita sesuka hati!! Cett!!

2 )  Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

 Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni. 

Pandangan aku : Walau diberi "makan" pun..Tetap juga mau "makan" kat luar kan?? Ye dak? Huh..
 
3 )  Kucing jantan kuat tidur 
Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur. 

Pandangan aku  : Yer lah..suruh jaga anak sekejap pun boley terlelap..wadafak??

4 )  Kucing jantan kuat merayap.

Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.  

Pandangan aku  : Merayap dan melepak agenda wajib. Tapi kalo kul 2-3 pagi baru jumpa jalan balik umah..Macamane? Tak ke bini hangen??
5 )  Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik 

Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami..

Pandangan aku  : Yeahhh..dats rite..tp sebelum nikah..Lepas nikah..suma kena ikut cakap dia lah kan?? Sob sob sob

6 )  Kucing jantan tak suka dipaksa 

Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.  

Pandangan aku  : nih paling xboley blah..makin dipaksa..makin liat..menyakitkan hati!!

7 )  Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan. 

Pandangan aku :yess!! obviously :)

8 )  Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasalah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!! 

Pandangan aku  : oke !! setujuuu!!

9 )  Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling

 Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati. 

 Pandangan aku : Kadang-kadang bila dah terlalu tunduk ngan dorang..esoknye..nah kuar paper muka depan..bini kena tendang ngan laki..kekasih kena kelar ngan boipren..sape nak jawab? Huh!

10 )  Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina

Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).

Pandangan aku  : setuju 360% !!.. dasar kucing jantan!!

11 )  Kucing jantan kuat 'memancut' 
Sape bela kucing akan tahu kucing jantan suka pancut/kencing kat mana-mana dirasakannya perlu dan bila-bila masa dia suka. Kamu pukullah macamana pun, tabiat kencing ini tidak akan berhenti, kecuali bila dikasi.

SAMA lah dengan org lelaki, suka 'kencing' (kelentong) tak kiralah pd sesiapapun, baik isteri, gf mahupun kekasih gelapnya!

Pandangan aku: waahhhh...teramat sama !!

So..korang suka kucing tak? haha..

meooowwww~~
alim-alim kucing :)
 sumber : google

No comments:

Post a Comment

kalo rase artikel neh best or tak best or hape-hape haje..sile lah kasik teguran buat saye yer :)

Klik klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...