Klik klik

V . I . P GUEST

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Monday, May 30, 2011

Janda Gila Talak

Tadi..sebelum mulakan keje..Cam biase lah..bukak harian metro online..Malas nak baca paper..So tekan tekan di hujung jari jer..Kuar citer ni..


Minta pelekat ubat rindu



KUALA TERENGGANU: “Dulu saya garang dan suka marah suami tapi selepas diceraikan saya amat menyesal. Kini saya tergila-gilakan bekas suami biarpun dia sudah berkahwin lain.
“Untuk mengubat rindu, saya minta kain pelekat dan tuala bekas suami untuk hidu baunya,” kata seorang janda hanya mahu dikenali sebagai Noor. 

Wanita berusia 49 tahun itu mengaku perceraian dengan suaminya dua tahun lalu berpunca daripada kesilapannya sendiri yang tidak mahu dikongkong dan suka memarahi suami biarpun ketika itu dia bekerja sebagai guru mengaji al-Quran.

Noor berkata, sikapnya itu menyebabkan rumah tangganya sentiasa diselubungi masalah hingga dia nekad meminta cerai daripada suaminya.

“Selepas bercerai, saya hanyut dalam kehidupan melalaikan seperti sering ke pusat karaoke mengubati kekecewaan,” katanya yang dikurniakan lima cahaya mata hasil perkongsian hidup itu.


Haaaa...ape kes nih?? Sape nak jawab tu? Sampaikan mintak kain pelekat bagai buat ubat rindu..Oh..itulah yang di sebut pepatah melayu takkan hilang di dunia " Telajak perahu boleh di undur , telajak kata badan binasa ".. Percaya tak kata-kata Hang Tuah yang melayu takkan hilang di dunia..Eh merapu..

Ok..back to the story.. Ape kena dengan manusia zaman sekarang.Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.Dah dapat suami baik, si isteri pulak yang buat perangai..Kalau dapat isteri baik..laki pulak perangai cam cilake..grrr...

Tadi aku sempat google sikit pasal hukum hakam isteri yang minta cerai..Apakah hukum dalam Islam bila si isteri meminta cerai. So..let we share it..

Apakah hukumnya isteri selalu meminta diceraikan. Adakah seseorang suami itu dayus jika tidak mengikut permintaannya?



JAWAPAN:


Hukumnya haram. Tidak wajar seorang isteri meminta dia diceraikan oleh suaminya. Seorang isteri yang meminta dirinya diceraikan tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak adalah berdosa. Sedangkan si suami masih memberi nafkah, tempat tinggal, makan minum dan menjaga keselamatan. Jika dia seorang yang berpoligami dan berlaku adil dengan isterinya.


Isteri berhak meminta cerai jika kehidupan tidak ada kesefahaman, suami tidak melaksanakan tanggungjawab sebagi ketua keluarga. Sekiranya suami gagal bertanggungjawab dan segala bebanan rumahtangga ditanggung oleh si isteri maka tidak salah seorang isteri meminta agar dia diceraikan.
Namun yang lebih baik ialah suami isteri mesti mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu. Sama ada berbincang dengan keluarga mertua sebelah lelaki atau berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan khidmat nasihat.


Islam meminta agar setiap pasangan suami isteri mencari jalan penyelesaian yang holistik yang membawa kepada pemulihan dan kemurnian rumahtangga dan bukan pula mencari jalan meruntuhkannya.


Seorang suami yang tidak mengikut permintaan isterinya untuk diceraikan tidaklah dianggap dayus. Sikap si suami bertahan dari menunaikan permintaan isterinya itu adalah demi menjaga keharmonian rumahtangga.


Jelasnya di sini hikmah Allah meletakkan kuasa talak ini di tangan suami dan bukan pula di tangan isteri. Bayangkan sahaja jika kuasa talak di tangan isteri mungkin bilangan lelaki yang menduda lebih ramai dari yang menjanda. Sebab itulah sembilan nafsu (emosi) yang ada pada orang perempuan tidak dapat mengawal perasaan, bila tertekan bertindak di luar kawalan sehingga meminta cerai.
Kesimpulannya, si isteri jangan terlalu mudah meminta dirinya diceraikan dan janganlah hendaknya si suami yang mempunyai kuasa talak bermain dengannya dengan mengugut isteri.


Jadi..Isteri-isteri..haram sama sekali kita meminta cerai dengan suami lebih-lebih lagi bila suami sudah memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya terhadap rumahtangga.Sesungguhnya redha Allah itu terletak pada redha seorang suami terhadap isterinya..Wallahualam...

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan raka-rakan jugak..Sama-samalah kita menjaga keharmonian rumahtangga kita hingga hujung nafas yang terakhir..Semoga aku dan suami tetap menjadi pasangan suami isteri tidak hanya di dunia malah di akhirat juga..Amin Ya Rabbalalamin..


Credit to : Harian Metro & sini


3 comments:

kalo rase artikel neh best or tak best or hape-hape haje..sile lah kasik teguran buat saye yer :)

Klik klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...