Hai..Assalamualaikum..
Semalam tah hangin ape yang masuk dalam badan mak ni tetibe celik dari tido duk terbayang-bayangkan wajah pizza homemade yang aku tengok dalam facebook salah sorang friendlist aku.Adoi..pandai betul budak ni buat pizza.Dah la tu nampak sodap pulak.Takleh jadi ni,sebagai wanita merangkap bini
-biniku gangster solehah dan ibu mithali makanya dengan sakit pinggang nye aku telah merialisasikan impian nak menggentel pizza sendiri di rumah.
Sebelum tu aku telah pon dilanda kemurungan yang amat sangat bila encik hubby cakap " Kita nak makan apa pagi ni??" Amboi..soalan maut punye.Kalau dia bagitau nak makan ape senang pulak kita buat.Ni tak main tanya je.Aku pun pening nak pikir ape benda lah nak buat untuk breakfast.Bukan ape, lauk kat lam peti ais ada ayam ngan ikan je.Santan ade yang beli dalam kotak tu satu kotak.Sayur semua yilek,maklom lah orang rajin mana laa nak simpan sayur-sayur ni.Kang teratai layu di tasik madu kang nanti orang pot pet pot pet pulak.Tak koserr lah mak nak dengar orang membebel ni. Belek laa lam peti ais ape yang ada,ok lah goreng mee sbb ada sikit lagi pastu campur ngan spagetti.Muahahaha..hentam je lah janji perut tak kebulor.Siap goreng mee tu baru laki cakap oih takyah masak lah nanti nak g makan kenduri.Bertuah lah laki aku ni.T__T Bini kau dah dilanda kemurungan dah kat dapo punya lah payah nak pikir nak masak ape *Nangis jap*
Selesai suap anak-anak makan, kali ni part yang best iaitu buat pizza.Dan hasilnya adalah seperti berikut
Gitu laaa kekdah nyaa pizza gentel sendiri..Asal boleh je..Bila master cheff kat rumah cuba siap angkat ibu jari bermakna aku berjaya lah tu.Lepas ni dah tak payah nak makan pizza hut lagi.Meh mak kau gentel kat rumah je.Ngeh ngeh ngehh..Tanpa segan silu ahkak nak share resepi kat sini.Bukan ape kut-kut nak buat lain kali boleh lah godek-godek blog sendiri.Maklom je laa ahkak ni mudah pelupa..Hew hew heww
Bahan2 utk doh pizza :
2 cawan tepung gandum
1 paket yis segera/mauripan
2 sudu besar mentega / minyak
3 sudu besar gula
3 sudu the garam
1 cawan air suam
Cara2 buat doh :
Satukan semua bahan,uli sampai x melekat kat tangan.Kalo melekat buh
tepung sedikit demi sedikit masa menguli tu.
Biarkan doh naik dan tutupkan dengan kain atau tisu selama 50 minit.
Bahan2 utk topping :
Prego separuh tin kecik – Sy xletak sebab xde prego..Cuma selek dgn sos
tomato je
Ayam di potong kecik2 – Sy guna daging cincang.
Italian herbs – Sy xguna sbb xdak..
Bawang besar 1 labu di cincang
Bawang putih seulas di cincang
Lada bengala merah dan hijau di potong dadu – Sy xbuh jgk sbb
yilek..guna brg yg ada lam peti ais jee
Cendawan butang di hiris
Tomato potong dadu
Nenas potong dadu
Sedikit garam
Mozzarella cheese –
Cheddar cheese – Dua2 jenis cheese ni sy xguna..ngeh3..sy pakai cheese
keping2 tu carik2 jeeee..muahahah…jimat kann..guna yg dlm peti ais jee
kekdahnye..
Sos cili sikit..
Cara2 :
-Panaskan minyak tumis bawang besar bwg putih td masukkan ayam/daging
cincang dan Italian herbs dan perasakan dgn garam..dah masak tutup api..
-Dah naik doh td tumbuk2 sikit bior kuor angin prutt prutt then
canaikan atas pan pizza (iols
kampong..guna Loyang jeee..buh majerin sikit takut melekat..kikiki) cucuk2
sikit ngan garfu..
-Pastu sapukan sos tomato/prego atas doh..letak inti ayam/daging
cincang,tomato,cendawan,segala tok nenek perkakas yg dah tersebut td..last
sekali letak segala tok nenek cheese dan sy letak mayonis sikit..huhuhu..
-Bakar api atas bawah suhu 180°c
selama 20 minit sehingga pizza masak – Iols kampong dot com..guna pemanggang
ajaib jee..bukak api paling slow then selalu2 laa monitor kang takut telajak
masak kangg..hihih
Adoi..Sambung buat keje balik.Bye