Klik klik

V . I . P GUEST

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 12, 2011

Kebaikan Seks : Fakta Ilmiah

Assalamualaikum..Samat pagi..

Dah lama tak update..lately takde citer pulak nak share..Tapi aku ada baca satu info ni..Aku kira benda yang elok ape salahnye kita sebar-sebarkan ..ye dak? So..jum baca sesama..


" Kerajaan Rakyat : Kesihatan   AMARAN: Jangan lakukan seks semasa isteri sedang uzur! 

Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah: 


1). Seks mengurangkan tekanan Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah. 


2). Seks meninggikan Immuniti badan Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain. 


3). Seks membakar lemak Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US. 


4). Seks menguatkan kesihatan jantung Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.


5). Seks meninggikan Self-Esteem Seks meninggikan ‘Self esteem” . Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri. 


6). Seks membuatkan kita lebih menyayangi Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi. 


7). Seks mengurangkan sakit Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda. 


8). Seks mengurangkan risiko kanser Prostat Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International. 


9). Seks menguatkan otot pelvis Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti. 


10). Seks membuat anda tidur lebih lena Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian."



 PERINGATAN: Janda atau Duda sila cepat kawin agar dapat faedah kesihatan ini.



P/s : Yang belom kawen..jangan pulak bila baca info nih..korang terhegeh-hegeh ajak partner buat hubungan yang tak sah yer..nanti tak pasal-pasal akak dapat "saham" korang..Tak kosa..Baik kawen cepat-cepat..benda baik elok disegerakan aje..Kan..tak yah nak "big work" bagai..buat yang wajib dulu..pastu baru pikir yang adat istiadat tu..Ye adik-adik..ngeee...



No comments:

Post a Comment

kalo rase artikel neh best or tak best or hape-hape haje..sile lah kasik teguran buat saye yer :)

Klik klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...