Klik klik

V . I . P GUEST

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 9, 2011

Isteri Dalam Pantang, Bapa Liwat Bayi 23 Hari

Assalamualaikum..Selamat petang..

Hai..hari ni hari Ahad..dah boley start keje ngan tenang dah..Kesya pun dah discaj dari wad..So dah tak risau sangat dah..Cuma nye dia perlukan perhatian sikit..Sebab selsema ngan batuk tu masih ada..Chicken pox ngan asthma pon ade lagi sikit..Insyaallah..nanti beransur sembuh la tu..

Hari ni blogger masih ramai yang off kut..Sebab tak banyak mane dorang publish entry..bosan pulak..duk tengok facebook pon macam bosan jer..Alahaii..Tapi..tetiba tertengok artikel ni masa tengah layan Facebook..Subhanallah..Kejam sungguh manusia akhir zaman ni..Let read..

Isteri dalam pantang..Bapa liwat bayi 23 hari..

KUALA LUMPUR  -  Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.
Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.
“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. – TheMalaysiaInsider


Sanggup ke korang dengar cerita macam ni..tak sure pulak berita ni keluar..tapi memang durjana lah jantan macam ni..Sanggup lah pulak liwat darah daging sendiri..pulak tu baru umor 23 hari?? Omaiigeeeee...tolong lah..pihak berkuasa..jangan biarkan manusia durjana begini terlepas..hukam lah dengan setimpal apa yg telah dilakukan..Semoga Allah melindungi bayi malang itu..


P/s : sebak rasanya..bila manusia xleh nak kawal nafsu sendiri..

credit to : here

3 comments:

  1. otak xde mcm tuh la..x dapat bini..anak lak jadi punching bag dia...apa la budak umur 23 hari tu tau....i followwwww ur blog..

    ReplyDelete
  2. bodoh nak mamp... eiiii mcm2 ni kalu nak tulis nihh.. sabar je sabar.. eiihhh..bongokk..

    ReplyDelete
  3. @SURIA AMANDA : a'ahh..bodo tatau nak cakap hape dah pasal jantan macam ni..

    @JuJue : kalo jantan sialan tu ade depan mata kita..nak buat camane eh? patut tak laksanakan hudud time tu gak..ops~

    ReplyDelete

kalo rase artikel neh best or tak best or hape-hape haje..sile lah kasik teguran buat saye yer :)

Klik klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...