Klik klik

V . I . P GUEST

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 27, 2012

Cara perbanyakkan susu ibu

Assalamualaikumm..Haluuu..di penghujung hari baru tehegeh2 nak update..

Huhu..tadi ada follow up Khaisy Aqeel..cucuk Hep B dos ke 2 kut..tah lupa dah mak kau nih..haha..So tadi dia meragam sikit sebabnya arini dia terbangun awal.So bila dah turn to 9 o clock mata tu dah rasa terbuai-buai nak tido..Semangat ni mak kau kejutkan dari tido kut-kut time inject tu dia nangis sebab tekejut ke hape..Tapi...very good boy lah Aqeel..tido ajeee lah walaupon sakit macamkan mata tu dah tak larat sgt nak bukak..Apa-apa lah sayang..


So setakat ni berat dah pon mencapai 6.0kg..Alhamdulillah...30hb ni cukup 3 bulan..Ok lah tu..membesar dengan sihat lah hendaknya..So far Aqeel still full breastfeeding.Alhamdulillah.Harapan aku moga-moga impian aku nak menyusu sehingga Aqeel umur 2 tahun tercapai..Mudah-mudahan Allah perkenankan niat mummy yg suci murni ni..Ahaks..

Bila aku kat ofis..aku akan pump kan susu untuk buat stok..Kadang-kadang aku pump kat ofis je..masuk dalam surau duk dendiam dalam tu..Pukul 10 pagi..pukul 1 tenghari dan last pukul 3..So sehari dapat lah dalam 3-4 bekas kecik dadih tu..

Aku perhatikan sekarang ni bila pump susu jer..susu jadi macam segan silu je nak kuar..Habis lah..ke pasal aku skip nasik? tapi kalau aku makan nasik pon susu kurang jugak..dulu kemain beria susu banyak sampai tiap kali pump mcm kan 2-3 bekas itu normal..nih sekali pump cuma dapat satu bekas kecik tu jer..Tu pon kalo aku tak stress..Kalo aku stress alahaiii ciput sgt..



Nih stok dalam peti ais aku..nih bahagian poket peti..kat dalam tu ada lam sepuluh bekas je lagi..Alahaiii..ciput cinonet jooo...

So kat sini aku nak share cara - cara perbanyakkan air susu..yang nih aku google..haha.. sila cuba..


  • Bunga melur dan daun pucuk manis
  • Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
    • Kacang tanah
    Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
    • Longan kering
    Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
    • Daun sirih
    Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
    • Halba dan jintan hitam
    Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis  dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
    • Susu
    Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
    • Lobak merah
    Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
    • Nasi panas, halia muda dan air asam
    Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
    • Daun betik muda
    Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari. 



Insyaallah semoga petua-petua ni akan memberi manfaat kepada kita semua..


P/s : semalam tatau ape mimpi aku pegi rebus buah manjakani 2 bijik pastu minum air rebusan nya.. Motifff..?? ok still dalam "pantang"..ahaha..





Khaisy Aqeel bambam sayang diaaa muaahh muahhh...



Yang ni pon sayang jugak..muaahhhhh





1 comment:

kalo rase artikel neh best or tak best or hape-hape haje..sile lah kasik teguran buat saye yer :)

Klik klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...