Pagi-pagi tadi aku bw kat blog Mama Irfan ..Kali ni kisah tentang anak kecil yang bernama Dania Emelda Aqasha..baru berusia 2 tahun..muda dan kecik sangat-sangat..Kanak-kanak nih belum tahu erti kehidupan pon..sudah diberi dugaan yang maha hebat oleh Dia..
Adik Nia disahkan menghidap Luekimia..Walaupon saya tidak pernah mengenali apatah lagi bersua muka dengan adik kecil ini tapi jauh di dasar hati saya amat-amat tersentuh..Bagaimana kanak-kanak hanya berusia 2 tahun menghadapi dugaan yang perit ini..Sementelah lagi saya lihat adik Nia sebaya dengan anak sulung saya..hati saya di pagut pilu andai anak saya di tempat Nia..
Nia ketika menyambut majlis ulangtahun kelahiran pada 20 Januari lalu..
13 Ogos..3 jenis dimasukkan kedalam tubuh adik Dania bagi menstabilkan kembali tekanan darahnya..
Sehingga kini tekanak darah sentiasa turun dan naik
Wajah ceria Nia..
Walaupon sedang bertarung dengan penyakit mengancam nyawa..mana mungkin kanak-kanak seawal usia ini mengetahui hakikat yang beliau sedang hadapi itu?
Sedih..sedih..apa yang mampu saya berikan hanya memohon doa dari Allah SWT semoga mengembalikan keceria hidup Dania dan keluarganya..Semoga Ibu Dania tabah menghadapi dugaan ini..Memang..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..Apapun semoga nia kembali sihat sedia kala..Kepada yang sudi menghulurkan bantuan buat keluarga ini..Silalah ke blog Kau & Aku untuk mengetahui perkembangan adik Dania dengan selanjutnya..
Semoga kedatangan Aidilfitri kali ini memberi sinar bahagia buat Leen dan keluarga..InsyaAlllah..
No comments:
Post a Comment
kalo rase artikel neh best or tak best or hape-hape haje..sile lah kasik teguran buat saye yer :)