Hari Ahad lepas aku ada antenatal check up. Patutnya Ahad
minggu sebelum tu..tapi disebabkan ramai staf kat Klinik O&G tu yang amik cuti raya..So..kena postpone
lah..
Al kisahnya..aku dah lama ada masalah ni sebenarnya. Event
sebelum mengandung pun ada problem ni.Tapi takde lah sekerap semasa mengandung.
Tapi bila awal-awal kehamilan lagi aku dah start kena benda ni.Masalah
keputihan. Sebelum mengandung ada jugak keputihan.Itu normal lah bagi setiap
wanita.Tapi aku preknen yang ni aku rasa lagi teruk.Masa mengandungkan kakak
dulu ada jugak tapi takde lah seserius kali ni. Lepas tu aku pegi jumpa doctor untuk
amik ubat. Doktor akan bagi ubat suppositori clotrimazole. Ubat ni akan di beri sebayak
3 biji dan ia akan di sisipkan kedalam faraj dan bukannya telan.Hahaha..
Aku
guna ubat ni..so far lepas abis 3 malam..keputihan tu akan hilang.So kehidupan
aku kembali kepada normal.Ye lah..bila keluar keputihan tu,rasa tak selesa
sangat-sangat.Bukan tu je..gatal..kadang-kadang rasa segan dengan suami.
Walaupun suami memahami masalah ni. So..bila dah hilang aku rasa legal ah.Lepas
tu sebaik mungkin aku jaga kebersihan.Kut-kut kulat tu datang balik.Tapi walau
macamana pun..keputihan tu datang lagi. Puas lah aku fikir..Ubat pun dah tak
jalan..
Jadi..Ahad
baru ni doctor yang in charge masa tu doctor India. So..dia trace result,sebab
sebelum ni dah amik sample keputihan tu. Maka dah sah dan sahih keputihan aku
tu ada bacteria. So..dr tu cerita lah lebih kurang kenapa terhasilnya bacteria-bakteria
tersebut. Antaranya :
- Perubahan hormon semasa mengandung dan tindakbalas antara bacteria jahat dan bacteria baik
- Perubahan homon semasa mengandung dan penggunaan pencuci vagina yang berlebihan.
- Kurang penjagaan kebersihan kawasan sulit
- Perubahan hormone yang ketara semasa mengandung dan penggunaan suppositori clotrimazole tidak lagi berkesan.
Seingat aku..itu lah dr yang bagitahu aku haritu. Kalau aku
tak silap lah. Dan punca keputihan aku tu adalah factor ke empat tu. Allah dah
buat sebaik-baik perancangan untuk hambaNya.Aku takde masalah alahan mengandung
tapi masalah ni pulak yang timbul.
Sehinggalah doctor India tu jelaskan bahawanya bacteria pada
keputihan tu tak menjejaskan aku tapi bakal menjejaskan bayi dalam kandungan
ni. Antara masalah yang boleh dihadapi ialah kelahiran pra matang, malah
jangkitan kuman pada air ketuban, uri dan bayi. Ngeri ok. So..bila aku Tanya ada
jalan penyelesaian atau tak..Dr cakap nanti masa air ketuban tu pecah,aku kena
cepat-cepat datang ke hospital dan dr akan set drip kat tangan ni dan masukkan antibiotic
untuk melindungi baby. Aduh..takut gile..Sebab tu bila aku tahu berita macam ni
rasa cam..erm..Ya Allah..lindungi lah kandunganku..
Aku harap baby ni lahir dengan selamat dan cukup sifat.
Sebab aku rasa excited sangat nak sambut orang baru.Mana tahu kalau-kalau kali
ni lelaki. Insyaallah..Mohon agar Allah permudahkan segala urusan kelahiran
anak ke 3 kami ini. Doa-doa kan jugak ye..
Posing mak buyung..
Membesar dengan jayanyaaa~~
mengandung pun masih cun comel je
ReplyDelete