Klik klik

V . I . P GUEST

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, February 10, 2011

Hajat di hati..

Assalamualaikum..selamat petang..cek line kejap..Aisehh..mases ade orang kat ofis neh blum balik ag..Takpe..aku curik sket masa nak update blog kali ni.Sebab aku dah tak sabar2 nak cerita pasal satu topik nih..Sementara enchek hubby belum datang lagi nih..Bleh la godek-godek blog kejap... Ye dak?

Okeh..kali nih pasal cupcake..Atau bahase melayu nye kek cawan. Kenapa ngan kek cawan? Takde lah..Teringat masa bufday aku aritu..20 Januari..Terharu sangat bila hubby buat suprise (yg sebenarnye takde lah suprise sgt sebab awal2 lagi aku dah tau..Buat2 je lah muka terkezut tuh kan) Haha..oke.. Ape yang istimewanya? Bagi org lain..itu biase je tp bagi aku nice lah jugak kan..Dalam2 berbajet pun suami tetap spend money utk berikan aku hadiah dan jugak kek..

 
kek suprise :)
nih adiah dr asben :)
So..untuk membalas jasa beliau..mesti la tunggu besday dia kan? Tapi..alangkah tak best nya sebab bufday beliau nun pada November nanti..Sgt membosankan menunggu akhir tahun..Nanti kering lah idea aku nanti kan? Untuk tidak menghampakan aku, aku ingat nak buat tempahan kek cawan lah untuk ulangtahun pernikahan kami nanti.

Aku dah jumpa satu website yang tersangat lah pemesnya tentang kek-kek dan kek cawan nih..Yang mengelirukan aku skarang nih, aku tak tau macam mana nak pilih. Sebab sumanye cute2.. Ade beberapa design yang aku rase tersangatlah chomel hingga aku rase nak geget jer pc kat depan aku nih.. Hadoiii..

sedapp nyerrr!!
sgt sweeeetttt~~
nih pun comel jugak
comeyy kan?



cantik kan? simple but nice





Macamane yer? Aku nak yang bley beliau sengeh sampai ke telinga..Heheh..Kali nih insyaallah confirm jadik..Heheh.. Kalo buat design cenggini aku rase lagi lah Mr Hubby suka kut

family simpson..hoho

Idea..kuarlah cepat..tak sabar nak tunggu hari itu.. >.<


and olso to Uncle Google :)

Monday, February 7, 2011

Lelaki dan Kucing

Salam dan samat pagi. 
Harini mood dah agak sedikit oke berbanding semalam.Tak tahu lah kenapa..tetiba jer moody pulak di petang² hari..Hurm..So arini..Mulakan dengan lafaz bismillahirohmanirahim membuka lembaran baru. Ahaks~

Macam biasa aku datang ofis godek-godek email duluh. Alahh..takde mende selain dari email facebook. Ade beberapa request endeng komen² gambar yang dorang tagged name aku..Apekejadahnye pon aku tak tau.Tak larat nak remove satu²..Oke perasan. Macam lah banyak sangat..Hahaha..

Okeh..lepas godek-godek email, aku jumpa satu email yang aku kira agak menarik. Dah lama dalam simpanan aku.. Pasai apa? Pasai tuu..tajuk entry kali nih.. Cam comel jer kan? Hak Hak Hak..Okeh..kembali siyes.Jika nak mengenali lelaki cubalah baca sampai habis. Lelaki boley di ibaratkan seperti KUCING JANTAN. Mengapa???

1 )   Kucing jantan suka dibelai

Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

Pandangan aku : Berlembut? Nati diorang "pijak" kita sesuka hati!! Cett!!

2 )  Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

 Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni. 

Pandangan aku : Walau diberi "makan" pun..Tetap juga mau "makan" kat luar kan?? Ye dak? Huh..
 
3 )  Kucing jantan kuat tidur 
Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur. 

Pandangan aku  : Yer lah..suruh jaga anak sekejap pun boley terlelap..wadafak??

4 )  Kucing jantan kuat merayap.

Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.  

Pandangan aku  : Merayap dan melepak agenda wajib. Tapi kalo kul 2-3 pagi baru jumpa jalan balik umah..Macamane? Tak ke bini hangen??
5 )  Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik 

Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami..

Pandangan aku  : Yeahhh..dats rite..tp sebelum nikah..Lepas nikah..suma kena ikut cakap dia lah kan?? Sob sob sob

6 )  Kucing jantan tak suka dipaksa 

Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.  

Pandangan aku  : nih paling xboley blah..makin dipaksa..makin liat..menyakitkan hati!!

7 )  Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan. 

Pandangan aku :yess!! obviously :)

8 )  Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasalah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!! 

Pandangan aku  : oke !! setujuuu!!

9 )  Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling

 Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati. 

 Pandangan aku : Kadang-kadang bila dah terlalu tunduk ngan dorang..esoknye..nah kuar paper muka depan..bini kena tendang ngan laki..kekasih kena kelar ngan boipren..sape nak jawab? Huh!

10 )  Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina

Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).

Pandangan aku  : setuju 360% !!.. dasar kucing jantan!!

11 )  Kucing jantan kuat 'memancut' 
Sape bela kucing akan tahu kucing jantan suka pancut/kencing kat mana-mana dirasakannya perlu dan bila-bila masa dia suka. Kamu pukullah macamana pun, tabiat kencing ini tidak akan berhenti, kecuali bila dikasi.

SAMA lah dengan org lelaki, suka 'kencing' (kelentong) tak kiralah pd sesiapapun, baik isteri, gf mahupun kekasih gelapnya!

Pandangan aku: waahhhh...teramat sama !!

So..korang suka kucing tak? haha..

meooowwww~~
alim-alim kucing :)
 sumber : google

Sunday, February 6, 2011

Pengubat jiwa

Ya Allah,
Berkatilah perkahwinan kami. Jalinkanlah kasih sayang antara kami. Kurniakanlah kami keturunan yang soleh & solehah. Lapangkanlah rezeki kami. Dan peliharalah kami dari tipu daya makhluk-makhluk lain. Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.

Ya Allah, 
damaikanlah hidup kami dengan amalan yang baik. Jalinkanlah hati kami dengan keimanan dan kemesraan sebagaimana Engkau jalinkan air dan tanah, antara Adam dan Hawa, antara Yusuf dan Zulaikha, antara Ayub dengan Rahmah, antara Musa dengan Sofurah, antara Sulaiman dangan Balqis, dan antara Nabi Muhammad s.a.w dengan isteri-isteri baginda yang suci. Semoga Allah meredhai mereka semua dengan rahmatMu, Yang Maha Pengasih


Ya Allah,

Limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,

Cukupkanlah permohonan dengan ridha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,

Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kepada sunnah Rasul-Mu.

Amin... 
  
Hati di landa rawan..sume keje tak menjadi.. Harap-harap esok dah ok balik. Tapi..melibatkan hati yg terguris..aku kira mungkin amik masa nak pulih. Insyaallah.

Merawat hati yang rawan

Hi..
Arini rasa macam takde mood plak..Dah lama tak update ruang rongga ni. Tak tau nak update pasal ape.Tapi..siyesly arineh aku takde mood..

Kenape ye? Sebab aku sedang bersedih. Kecewa. Marah. Tetapi untuk apa suma prasaan ni? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.




Ya Allah ya tuhanku..
Sesungguhnya..aku adalah hamba yang lemah..
Kuatkanlah imanku..
Teguhkanlah pendirianku..
Peliharalah kelakuanku..

Moga-moga...terbit kedamaian di dasar hati ini..
- Amin -

Tuesday, January 4, 2011

Happy New Year

Assalamualaikum dan salam sejahtera sume..


Lame nye aku tinggalkan blog usang ni..ye lah, dah name pun usang kan..sunyi sepi aje lah.. Kalo kira-kira balik, cepatnye masa berjalan kan? Pejam celik pejam celik dah tahun baru dah..maknanya umo pun dah semakin bertambah, anak-anak pun kian membesar..


Crite pasal anak-anak ni..rase xpuas satu entry ajer..walaupun crite dah basi..nak recall balik sejarah bulan Disember 2010. Aku kira terlalu banyak memori yang aku rase agak pahit-pahit payau sikit untuk di telan.. Hehehe..start ngan awal-awal bulan lagi..anak-anak aku diserang "chicken pop".. Alahai..kesiannye..terutama kakak a.k.a Dona..biase la die..mengalahkan adik..Manje nye melebih².. Tapi org cakap "chicken pop" ni kan gatal-gatal..dat y lah die asyik merengek² jer.. Adik plak steady jer..mungkin disebabkan dia masih baby..so dia tak tau paper..lagipun kesya xseserius kakak pun..Bajet cool ajer..hehehe..
Time raye haji


sy suke neneng ! yeayy!!
time to sleep zzz~~


lalalala


So far, Kesya nih perangai agak berbeza sikit ngan si kakak.. Kesya lebih agresif sikit, lebih banyak memberontak (ewah ewaahhh..kecik² dah pandai memberontak yer ).. Mane tak nye. kalo nak tido..kalo xkena cara nak tidokan dia..alamatnye..satu kawasan perumahan aku tuh dengar aje suara dia yang nyaring semacam tu.. Kekadang perangai si adik ni ade kala nye mendidihkan darah mummy ajer..Maklum aje lah..mummy nih tahap kesabaran agak menipis sikit..hek hek hek..Tapi, itu lah dugaan aku sebagai seorang ibu. Dah jadi ibu ni, aku mulai faham sikit demi sedikit perasaan mak aku..


Tu cerita pasal adik..pasal kakak pulak, macam biasa lah,bila dah sakit-sakit ni..ade aje yang tak kena..Kakak lebih rapat ngan Abah..Pantang tengok abah..." Aaabaahhh..." Pandai pulak dia panggil ayah dia kan? Si abah pulak ape lagi, anak abah kan? Ececece..mummy ade perasaan iri hati disitu.. Macam mana anak nak manja ngan mak..mak dia garang..hehehe..Aku ni jenis yang mudah naik angin, Dona ni kalau kita pujuk sikit2..dia bo layan.. Aku kalo layan baik-baik tapi tak makan saman gak, alamak nye berbunga aje ler peha kakak..Hehehe..jahat betul..macam mak tiri jer kan..Keh keh keh..Lagi satu pagi tadi tetibe jer bila bangun dari tido, muka kakak macam bengkak sebelah pipi.Tak tahu kenapa..ayah dia dah mengelabah tahap cipan sakit perut.. Malamnye kitorang bawak kakak pegi jumpa dentist sebab bengkak kat pipi dia tu berpunca dari gigi. Menurut kata dentist, memang gigi kakak ade masalah. Tu sebab lah kenapa dia asik bengkak gusi ajer..Teruk betul kakak ni.Buat malu mummy ngan abah jer.Kecik² lagi gigi dah rosak.Isk2x..Aku pun dah belikan dia berus gigi baru ngan ubat gigi Kodomo Lion perisa anggur. Kali ni..nak ke tak nak ke..kena pakse gak budak ni berus gigi..Haihh..mencabar betul.


kakak nih..kalo boley jalan2..sengih aje keje nye

Bak kata aunty Nini Honey, Dona posing ala-ala model sakit perut jerk

skrang suka amik gambar diri sdiri..keh keh keh

merenung masa depan ke? ahaks

gambar sedikit blurr
Aduhai..Panjang lah pulak kesah budak-budak ni..Nih kalau nak dikirakan belum habis crite lagi ni. Tapi nak publish satu entry aku dah amek masa dua hari nak pk. Terlalu banyak dugaan pada bulan Disember 2010 ni. Insyaallah, aku akan buat satu lagi entry crita pasal dorang yang takkan sudah-sudah ni. 


To be continue..hak hak hak

Sunday, November 21, 2010

Isteri Yang Terpilu..

Assalamualaikum..salam 1Malaysia..semuga korang sehat2 sume hendaknye..akceli..arinih xder topik pun nak share..Maklumlah baru lepas sambut hari raya korban baru-baru ni...Otak pun tengah beku dek lemak² daging korban..makcik² sume sebok buat sup..tak terkecuali mak aku ngan mak mentua aku..ewah²..dah macam kenduri pulak yek.. hehehe..


Sebenarnye..rase² nye arini nak luah perasaan pun ade gak..just wanna share..aku nak gtau yang arinih..pada tanggal 21 November ni..besday my lovely husband..Enchek Khairul..Alahai..dah lah xder present..wish pun idak malam tadi..guwa tido awal seyhh..tetibe celik bijik mata pagi tadi..kul 5.10 pagi..tgk henfon..nampak alarm besday enchek hubby..aiyaakkkk...macamane bleh tetido awal lak nih..tgk henfon pun sbb tekejut ngan suara Kesya..bagus eh anak mummy sorang neh..suara mengalahkan speaker keta abah yer?


Dan² tuh jugak aku tgk orang sebelah..


Aku : Yang..yang..(tepuk² manja kat bahu beliau..slow² ajer..)
Hubby : Erm..(ngah mamai kut)
Aku : Happy Birthday sayang
Hubby : Baru nak wish? (selamba wa..wa..cha..cha..)
Aku : uwaaaaa...ayg tetido..sorry..
Hubby : Ye lah ye lah..tido je lah..


Kejamnye aku..last year..sempat gak wish 12.00 tghmalam..walaupun tgh tido..set kat henfon..letak tepi tlinga..takut terbabas. Lepas wish aku sambung pejam mata balik..Baik tak aku? Isteri yg sangat² baik kan? Dah la xder spesel suprise utk beliau..tahun lepas sempat jugak prepare sikit²..Tahun nih bajet lari..hohoho..sadis ehh..Kalo besday aku cenggini..Alamak seharian lah laki aku ngadap muka aku yg kelat macam tapir..Kah kah kah..


Okeh..kembali siyes..nak wish sket..walaupun beliau tidak pernah mengetahui kewujudan blog buruk guwa neh..guwa tak kesah..huhu..utk kepuasan diri sendiri ajek..


To my husband..


Happy 25th Birthday to u..
May Allah bless u..and thanks to Allah coz give me a very happy family..Kurniakan ayg seorang suami yang benar-benar memahami ayang seada-adanya diri ini. Memberikan kita kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang dengan penuh ketabahan.Semoga bertambahnya usia Sayang, semakin kuatlah semangat Sayang untuk membahagiakan puteri-puteri kesayangan kita. Semoga Allah memberikan Sayang kesihatan yang baik agar dapat Sayang menyempurnakan tanggungjawab Sayang sebagai hamba-Nya..Sama-samalah kita mempertahankan masjid yang dibina atas dasar cinta agar ia tidak hanyut di badai ombak kehidupan.




Baik Baik Sayang



Aku tak ingin kau menangis bersedih

Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku

Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan

Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku



Nota kaki : guwa xpandai nak letak² lagu nih..nak kasik lagi romantis org kate..so..lirik lagu pun oke wut?

Monday, November 15, 2010

Goda Suami Agar Kembali Mencintai

Dah dua tiga hari ni mood nak berbelog melimpah ruah..tapi yang parahnye takde la pulak idea yang kuar bile napsu menaip dah begelora nih..heheh..lucah la pulak bunyi nyer..ermmm...sebernarnye aku nih masih tak fasih dalam dunia blogging ni.Kejap2 view blog orang yg lebih terrer..nape laa dorang  ni byk sangat idea nak menaip..Nahhh..ambik kau..org nak main blog..aku pun sibuk tergedik2 create blog same..kan..padan muka..hohoho..


Nak crite pasal ape yerk?? Cam xde idea plak..tp tadi waktu tengah belek² satu artikel ni..aku rasa intresting gak buat puan-puan isteri ni..termasuk aku..jum lah..jgn banyak songeh..bace jer artikel ni.


-------------------------------------------------------------------------


Rasanya tidak sah jika kehidupan berumahtangga yang dilalui tidak ditimpa badai atau gelora. Meskipun cuba untuk dielakkan, masalah pasti datang jua untuk menguji kesetiaan serta cinta yang terjalin.

Tidak dinafikan dugaan yang melanda sedikit sebanyak mampu mengurangkan rasa cinta yang bersemi di hati. Bagi kaum lelaki ini mungkin merupakan peluang untuk mereka mencari yang lain.

Jangan biarkan perkara tersebut berlaku dan sebagai wanita anda perlu bijak untuk menarik perhatian suami agar mereka selalu merasakan bahawa anda merupakan wanita terbaik serta serasi buat mereka.

Di sini dinyatakan beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh mereka yang bergelar isteri agar suami yang dicintai tidak mencari 'makan' diluar.





Setiap pasangan impikan
mahligai yg bahagia
1. Berani mencuba
Hal ini selalu dikaitkan dengan hubungan seksual. Tidak dinafikan wanita sedikit pemalu untuk memulakan hubungan seksual walaupun bersama suami masing-masing. Kebiasaannya suami yang akan mendominasi dan wanita hanya akan menyerah sahaja.

Untuk mendapatkan kelainan apa kata sekali-sekala anda yang memulakannya dahulu. Berikan layanan terbaik serta kejutan kepada suami. Dengan layanan yang hangat serta lain daripada kebiasaan, sudah pasti suami anda tidak mampu untuk melupakan detik indah tersebut.

Sebaiknya sebagai isteri anda tidak perlu ada perasaan malu kerana anda halal di sisi suami anda.

2. Bijak menghias diri
Terdapat segelintir wanita yang hanya bijak menghias diri apabila mahu keluar bekerja atau menghadiri majlis-majlis tertentu. Sebaliknya jika di rumah bersama suami, penampilan diri selalu diabaikan.

Lebih teruk apabila suami pulang dari tempat kerja, isterinya masih belum mandi dan selesa dengan pakaian tidur yang belum berganti. Keadaan ini pastinya akan menimbulkan rasa tidak selesa suami.

Jalan terbaik, anda harus menjaga penampilan tidak kira di dalam atau di luar rumah. Anda harus ingat, semua lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang bijak menghias diri dan penampilan. Jangan sampai suami anda jatuh hati dengan wanita di pejabatnya gara-gara penampilan buruk anda.

3. Kemas bilik tidur
Untuk menambat hati suami, pastikan bilik tidur anda sentiasa kemas, bersih dan berbau wangi. Ini kerana sebagai pasangan suami isteri, bilik tidur adalah tempat paling romantis dan privasi untuk anda berdua.

Di bilik tidur semua perkara boleh dibincangkan oleh pasangan dan bilik tidur yang selesa pastinya akan mendamaikan suami. Jadi apabila berdua-duaan bersama suami di bilik tidur, jalankan peranan anda dan rangsang suami agar terus jatuh cinta kepada anda.

Dengan rangsangan yang anda beri serta persekitaran yang bersih, suami anda pastinya tidak mampu untuk meninggalkan anda.

4. Bersikap aktif dan agresif
Ramai wanita yang tidak sedar bahawa golongan lelaki sebenarnya lebih suka kepada wanita yang berdikari, aktif dan agresif. Lelaki paling tidak suka dengan wanita yang pendiam dan hanya akan bersuara apabila ditanya.

Oleh sebab itu wanita perlu banyak membaca dan mengetahui banyak isu-isu semasa agar anda boleh berkomunikasi dengan suami anda dengan lebih baik.

Suami pastinya akan berasa bangga jika mempunyai isteri yang mampu memberikan pandangan serta pendapat tentang apa sahaja isu. Bukan seperti kebanyakan wanita yang lebih suka bergosip daripada membaca bahan bacaan yang banyak memberikan faedah.

5. Sentiasa sopan
Jangan sekali-kali menunjukkan sikap kasar kepada suami. Ini kerana ego seorang suami sangat tinggi dan mereka sentiasa mahu dihormati oleh seorang yang bergelar isteri.

Kalau boleh penuhi segala kehendaknya selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran agama. Sikap anda yang sentiasa bersoapan santun dan memenuhi keinginannya sudah pasti akan mengikat hatinya daripada beralih cinta kepada wanita lain.

Secara psikologinya, sikap anda itu juga secara tidak langsung mampu untuk mempengaruhi suami untuk kembali bercinta dengan anda.

6. Jangan menipu dan selalu bersikap terbuka
Tiada mana-mana lelaki yang suka ditipu oleh isteri masing-masing. Oleh sebab itu anda perlu bersikap terbuka dan jujur dalam menjalinkan hubungan sebagai pasangan suami isteri.

Sebagai isteri, jika anda tidak suka dengan perkara yang dilakukan oleh suami, jangan sekali-kali mendiamkan diri. Ini kerana itu tandanya anda bersetuju dengan tindakannya.

Sebaliknya cakaplah berterus-terang dan nyatakan rasionalnya mengapa anda tidak suka dia melakukannya. Sikap anda yang jujur, telus dan sentiasa memberikan teguran membina kepadanya akan menguatkan lagi cinta suami anda kepada anda.

7. Beri pujian
Tidak kira lelaki atau wanita, masing-masing akan berasa suka apabila menerima pujian. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu selalu memuji suami agar dia berasa bangga dan dihargai.

Tapi awas, jangan sekali-kali memberikan pujian palsu kerana ia hanya akan memudaratkan perhubungan yang terjalin. Sebaliknya nyatakan kelemahannya dengan cara yang paling sopan dan berikan kata-kata semangat bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Semua ini akan membuatkan suami anda tampil lebih baik pada masa yang akan datang dan cintanya kepada anda juga akan kembali mekar mewangi.



Ingat yer puan-puan isteri, bukan senang nak jadi isteri..dan bukan jugak payah tanggungjawab kita.Asalkan kita tahu menjaga maruah suami,mentaatinya Insyaallah..pasti ada ganjaran kita dari-Nya.

Monday, November 1, 2010

Kenapa Wanita Menangis..??

Waaaaa...arinih penuh semangat beb..apesal? kih kih kih..mesti lah sebab Kelantan julung-julung kalinye menang Piala Malaysia 2010..Kelantan kemarau piala dah lama..kalo xsalah kepahaman aku pasal bola nih..agak-agak dah 89 tahun dah Kelantan dahagakan piala yang berprestij inih..hohoho.. Gomo Kelate Gomo..oyeaahhh...you go guys..wakakahakahakah..oke... 

Tu dia..pembuka bicara..pasal bola okeh..tp aku bukan nak crite pasal bola okeh..sah2 tajuk entry takkan sama ngan pembuka kata kann??? kah kah kah..oke..siyes2..aku nak crite pasal kenapa wanita menangis..?? Kenape yer? Kenapa wanita mudah menangis?? Murah sangatkah harga air mata wanita?? Lelaki juga tidak ketinggalan..Bohonglah kiranya ada lelaki yang tidak pernah menitiskan air mata kan..kan? Kita,setiap manusia dianugerahi oleh Ilahi dengan setiap perassan suka, duka,ingin berkasih sayang dan marah. Aku sendiri pun selalu menangis. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkannya menangis dan tertawa bila ia mampu.Wanita juga umpama bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, maka bermalamlah dalam kegelapan.



Punca wanita menangis : 

  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress - dalam masa yang sama dapat membuang bahan kimia yg terdapat dalam mata )
  • Mengurangkan stress
  • Tanda keinsafan atau penyesalan
  • Sebagai ugutan emosi 
  • Meluahkan rasa kerinduan (hurm..buley jadi.. :p )
Seperti yang kita tahu..perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini,membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3. Aku kena pikir balik kalo nak nanges..huhuhu...


Kesan tangisan :
  • Mendapat perhatian
  • Lelaki jadi bingung
  • Orang lain dapat mesej (yg nih aku xbrape sure)
  • Mata bersih dan sihat (lepas nanges..aku rase ngantok sesangat)
  • Suasana rumahtangga tergugat (bergantung kut..)
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1.   Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2.   Selalu berdoa kepada Allah
3.   Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4.   Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati).Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. (yeaaahhh..betul sesangat lah kenyataan ini)


Firman Allah :

Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama.Allah ciptakan bahunya agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Begitu juga bahu itu begitu nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur .

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan  dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali, ia kerap menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan yang akan membuatnya bertahan, pantang menyerah, saat semua sudah berputus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walaupun letih, sakit, lelah tanpa keluh kesah.

Allah memberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anak-anaknya walau dalam situasi apapun.

Allah memberi wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab..bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak terkoyak?

Allah memberikannya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah suami yang tidak pernah melukai hati isterinya. Walaupun kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar terus saling  lengkap melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus berikan kepada wanita agar dapat digunakan sampai bila-bila pun. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah " air mata kehidupan "



Wanita dan air mata bagaikan teman sejati. Setuju?

Klik klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...