Klik klik

V . I . P GUEST

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 21, 2014

Mak takde keje

Tadi tengah bosan..Saya post pict ni kat fb..Adoi laa..memang tengah bosan.Asik laaa bosan memanjang je keje aku..hakhakhakk




Nih memang mak takde keje..Lepas mandikan budak-budak ajak dorang menempel kat dinding..duk diam-diam kat situ mummy kau gila kamera so snap snap snap.Pastu buat wallpaper phone.Hihihih..




Dah nak pegi sekolah dah.Tapi si kenit tu sibuk jeeee.Dia pon nak pikul beg jugak.Ok belasah laa sebab memang kena pegi rumah pengasuh pun.Hihihi

Rileks je bila tgk muka anak3 kan.?? Alahaii..ni lah best nye jadi mak-mak ni..Huhuhuhu...





Sunday, January 19, 2014

Pizza homemade

Hai..Assalamualaikum..

Semalam tah hangin ape yang masuk dalam badan mak ni tetibe celik dari tido duk terbayang-bayangkan wajah pizza homemade yang aku tengok dalam facebook salah sorang friendlist aku.Adoi..pandai betul budak ni buat pizza.Dah la tu nampak sodap pulak.Takleh jadi ni,sebagai wanita merangkap bini-biniku gangster solehah dan ibu mithali makanya dengan sakit pinggang nye aku telah merialisasikan impian nak menggentel pizza sendiri di rumah.

Sebelum tu aku telah pon dilanda kemurungan yang amat sangat bila encik hubby cakap " Kita nak makan apa pagi ni??" Amboi..soalan maut punye.Kalau dia bagitau nak makan ape senang pulak kita buat.Ni tak main tanya je.Aku pun pening nak pikir ape benda lah nak buat untuk breakfast.Bukan ape, lauk kat lam peti ais ada ayam ngan ikan je.Santan ade yang beli dalam kotak tu satu kotak.Sayur semua yilek,maklom lah orang rajin mana laa nak simpan sayur-sayur ni.Kang teratai layu di tasik madu kang nanti orang pot pet pot pet pulak.Tak koserr lah mak nak dengar orang membebel ni. Belek laa lam peti ais ape yang ada,ok lah goreng mee sbb ada sikit lagi pastu campur ngan spagetti.Muahahaha..hentam je lah janji perut tak kebulor.Siap goreng mee tu baru laki cakap oih takyah masak lah nanti nak g makan kenduri.Bertuah lah laki aku ni.T__T Bini kau dah dilanda kemurungan dah kat dapo punya lah payah nak pikir nak masak ape *Nangis jap*

Selesai suap anak-anak makan, kali ni part yang best iaitu buat pizza.Dan hasilnya adalah seperti berikut





Gitu laaa kekdah nyaa pizza gentel sendiri..Asal boleh je..Bila master cheff kat rumah cuba siap angkat ibu jari bermakna aku berjaya lah tu.Lepas ni dah tak payah nak makan pizza hut lagi.Meh mak kau gentel kat rumah je.Ngeh ngeh ngehh..Tanpa segan silu ahkak nak share resepi kat sini.Bukan ape kut-kut nak buat lain kali boleh lah godek-godek blog sendiri.Maklom je laa ahkak ni mudah pelupa..Hew hew heww

Bahan2 utk doh pizza :
2 cawan tepung gandum
1 paket yis segera/mauripan
2 sudu besar mentega / minyak
3 sudu besar gula
3 sudu the garam
1 cawan air suam

Cara2 buat doh :
Satukan semua bahan,uli sampai x melekat kat tangan.Kalo melekat buh tepung sedikit demi sedikit masa menguli tu.
Biarkan doh naik dan tutupkan dengan kain atau tisu selama 50 minit.

Bahan2 utk topping :
Prego separuh tin kecik – Sy xletak sebab xde prego..Cuma selek dgn sos tomato je
Ayam di potong kecik2 – Sy guna daging cincang.
Italian herbs – Sy xguna sbb xdak..
Bawang besar 1 labu di cincang
Bawang putih seulas di cincang
Lada bengala merah dan hijau di potong dadu – Sy xbuh jgk sbb yilek..guna brg yg ada lam peti ais jee
Cendawan butang di hiris
Tomato potong dadu
Nenas potong dadu
Sedikit garam
Mozzarella cheese –
Cheddar cheese – Dua2 jenis cheese ni sy xguna..ngeh3..sy pakai cheese keping2 tu carik2 jeeee..muahahah…jimat kann..guna yg dlm peti ais jee kekdahnye..
Sos cili sikit..

Cara2 :
-Panaskan minyak tumis bawang besar bwg putih td masukkan ayam/daging cincang dan Italian herbs dan perasakan dgn garam..dah masak tutup api..
-Dah naik doh td tumbuk2 sikit bior kuor angin prutt prutt then canaikan  atas pan pizza (iols kampong..guna Loyang jeee..buh majerin sikit takut melekat..kikiki) cucuk2 sikit ngan garfu..
-Pastu sapukan sos tomato/prego atas doh..letak inti ayam/daging cincang,tomato,cendawan,segala tok nenek perkakas yg dah tersebut td..last sekali letak segala tok nenek cheese dan sy letak mayonis sikit..huhuhu..

-Bakar api atas bawah suhu 180°c selama 20 minit sehingga pizza masak – Iols kampong dot com..guna pemanggang ajaib jee..bukak api paling slow then selalu2 laa monitor kang takut telajak masak kangg..hihih


Adoi..Sambung buat keje balik.Bye



Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum, Selamat pagi..

Lama tak menjelma kat sini.Macam berhabuk bersarang je blog ni sekarang.Tak tahu lah apa aku fikir sampai tengok blog je rasa macam eh nak taip ape ek.Kang merapu kang kata takde modal.Memang takde modal pon.

Amboi kemain lagi lama bercuti menaip blog.Mak tak sibuk tapi mak buat-buat sibuk.Haaa..gitu laa gayanya.Apa pun nak ucap Selamat Tahun Baru 2014.Sekejap je kan pejam celik pejam celik *ayat klise* dah setahun berlalu.2013 datang penuh dengan cerita suka dan duka dan Alhamdulillah semuanya dapat dilalui dengan penuh kerdhaan.





Semoga kedatangan tahun baru 2014 Masihi ini lebih baik dari yang sebelumnya.Amin..







Monday, February 25, 2013

Simple sudah lah


Lama tak update blog.Kadang-kadang,jarang-jarang.Mak tak bizi noks tapi mak takde idea nak menaip hape.Tapi kadang-kadang bila idea byk giler tp busy pulak nak menulis dalam nih.Maklomlah,selaku Perdana Menteri Wanita Pertama Isketambola nih mak jadi busy body.

Semalam ada lepas balik keje terus mandi segarkan badan walaup[on kat luar hujan lebat gile.Hoih tak mandi tak best walapun ketaq-ketaq tetap mandi.Kena pasang water heater agaknye kan. Siap mandi badan pon dah segar kepala pun dah tune ke normal balik aku dengan penuh gaya-gaya isteri solehah tanya kat laki

Aku : Awak nak makan ape hari ni?
Dia : Entah tapi kita lama dah tak makan kat rumah kan??


*Panggggggggggg*


Ada rasa cam halilintar pulak.Nak cakap bini tak masak ke bang oi? Yu tido luar malam ni.Nyampah tahu.I sekarang ni macam dah tak cukup kaki tangan nak terkejar-kejar balik nak masak pulak.Lagi pulak si Aqeel ni kemain lagi ngelat.Asal nampak mak kau jer terus kau ehek hek hek.Nak neneng lah.Tu pun kira nasib baik dia bagi aku masa untuk mandi.Biasanya aku biorkan aje dia nanges sampai puas hati.Hah kau nak nanges sangat kan.Nanges puas-puas mak kau nak mandi.

Atas dasar cinta yang mendalam terhadap suami yang dikasihi,aku masuk dapor sambil belek dalam almari ape yang ada.Dalam peti ais sah-sah takde lauk kan.Hahaha.Dalam almari ade lah jumpa benda ni..







Yeahhhhhhh..nasib baik ada benda nih.Huahuahuaaaa..



Maka terhasilnyaaaaaaaaaa...








Dasar pemalas kan. Huhuhu.Takpe lah bang.Asalkan makan jangan kau kebulor sudah.Tak pasal nak menjawab ngan ibu mertuaku.Muahahaah..





Tuesday, February 12, 2013

Kamulah racun Kamulah penawar

Halu..Assalamualaikum..

Sekarang nih Khaisy Aqeel dah umor 4 bulan lebih.Makin gemok mok mok plak aku tengok budak ni.Mungkin inilah penangan susu mommy yang sangat lazat walaupon mommy terpaksa menahan sakit akibat denyutan bila Cik Puan B berdenyut.Lepas tu ayaq susu meleleh-leleh macam pili bomba je gayanya.

Lepas tu makin lama aku tengok macam kan (macam je lah) susu dah makin kurang pulak until aku jumpa benda ni..


























































































































Tadaaaaaa.. Habbatus Sauda ni ofis mate yang bagi.Dia nak bagi try sebab salah satu khasiatnya adalah untuk memperbanyakkan kuantiti susu ibu.Alhamdulillah.Dah 5 hari cuba macam bertambah lah rezeki Aqeel ni.




Nahhh..ni Khaisy Aqeel paling latest.Sekarang ni taknak duduk ok.Nak dukung je keje nye.Kalo takde orang layan.Mesti jerit-jerit panggil orang nak suruh angkat.Meniarap pun takleh lagi.Sepupu dia siap dah kuar gigi.Padahal umo lebih kurang jer.Kau berat bontot eh nak?



Kak Ngah sangat gedik.Muahahaha..



Kakak mangsa buli Kesya.Adoi laa.Asik betekak jer lah dua beradik ni.Tak paham aku. nak jer aku ikat dua-dua ni gantung kat siling.Hoih..kejam sangat bunyinye.Muahahaha..






Apa pon..Korang lah permata hati mummy.Penawar suka dan duka mummy.Mummy sayang semua anak-anak mummy.Korang sudah-sudah lah betekak ye..Naik bingit lah telinga nih haishh.




Monday, February 4, 2013

Birthday


Ehem ehem..

Baru tegedik-gedik nak hapdate..maklomlah blog bukan ada orang singgah pon.Kalau ada pon tertumpang terlalu jek.Hahaha.Ok tak kelaka.

Meh sini aku nak kabo sket.Bulan Januari lepas adalah bulan kelahiran tuan belog.So kamu kamu kamu dan kamu cepat wish aku happy belated birthday.Wa tak kisah lambat ke capat janji wa dapat makan kek! Ceh. Itu syok sendiri namanya.

Baiklah.Memandangkan usia sudah lanjut tapi bajet gorjes selalu.Di sini sya sertakan himpunan doa-doa yang mudah-mudahan akan diberkati oleh-Nya :


  • Dipanjangkan umur untuk hidup dimuka bumi Allah ini.Ya aku tahu walaupun hidup kita ni sementara tapi sape taknak panjang umur kan. Redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah. Heh.
  • Dimurahkan rezeki oleh Allah.Tak kira dari aspek mana sekali pun.Rezeki untuk anak-anak
  • Moga-moga kerjaya aku akan bertambah baik

Eh, bila dah petang malas pulak nak pikior.Takpe lah, nanti dah ade idea balik aku edit lah entry sampah ni.Kah kah kah. Kebetulan pulak birthday aku tu jatuh hari bekerja.So dah tua tua ni takde celebrate pape pon.Cuma laki beli kek jer.Tu pon sebab budak-budak yang bising-bising nak kek.Meh lah layan keinginan kanak-kanak


Ni punye kek masa hari kejadian. Oreo Cheese Cake eh namanya? Ye kut. Lapisan bawah tu biskut orea.Sedap lah jugak sebab dah lama tak makan kek. Mak kan diet? Muahahah



Yang nih celebrate kat ofis.Bukan aku sorang tapi kalau tak silap celebrate 3 orang sekali gus.Aku menempel jer. Yang nih tempah kut, Red Velvet. Aku makan sikit jer sebab tak suka cheese. Very the kampungdotcom. Yang oreo tu takde lah rasa sangat dia punya cheese.




Yang nih kawan-kawan laki aku buat suprise. Kelas kau mariaaaa. Kawan suami kau hado celebrate birthday kau.Hahaha, unsur-unsur riak di situ. Jangan risau sebab dengan izin laki aku.Kah kah kah


Hohoho macam kan best pulak celebrate birthday banyak-banyak kali.Kalau cenggini gaya nya mohon birthday aku tiap-tiap bulan nescaya gemok lah kau makan kek aje.Haha takat kek pon kecoh. Di sebabkan laki tak tribute apa-apa untuk birthday gugurl (oke sangat geli) maka aku beli hadiah untuk diri sendiri. Gila sadis tak sadis beli hadiah untuk diri sendiri. Laki mak lari bajet sebab ada kejadian yang tak di ingini berlaku. Nak tau hadiah apa? Ok macamkan orang heran kan.

-


-


-


-


-


-




-


-


-


-


-


-



-


-


-


-


-


-



-


-


-


-


-


-



-


-


-


-


-


-



-


-


-


-


-


-



-


-


-


-


-


-


Nak jugak main scroll-scroll kan. Gila glamer betul








Tadaaaaaaaaaaaaaa....




Gila excited pompuan ni beli vacuum. Tak kuasa lah aku nak guna penyapu.Rambut aku sekarang bukan main galak nak mampus luruh macamkan sonata musim salju.Menyampah tau.Rumah aku dah la pakai tikar getah jer.Kalau sapu debu tu macam tak heran dah ngan bulu penyapu aku.Benci giler.Dah lah budak bam bam tu makin besar. Kang buat nya lepas ni dah pandai merangkak kau kutip segala mak nenek benda atas lantai bawak masuk mulut kang naya hari-hari mak kau jadik cinderella nak sapu lantai mop bagai. Tak kuasa aku oke. Jadi agak selamat kut kalau sedut guna benda alah ni kan? Hahaha. laki aku punya statement lagi jilake " Kalau berdebu jugak rumah ni tak tau laa " Yu tido lua malam ni..





Last but not least, aku harap keluarga aku terus bertambah bahagia,dilindungi olehNya diberkati selalu. Amin..


p/s : Heh..baru doploh lapan aku mcm 18 kan? *Panggggggggggg* tembak diri sendirikkk




Thursday, January 17, 2013

Anak-anak

Heh..dah lama tinggal blog usang nih..selalu jenguk jer tapi tak hapdate..nak buek cemano empunye belog pemalas nak manfuss..hadoiii..


Masuk tahun 2013 ni anak-anak pun dah meningkat usia..mak kau yg satu ni pon dah tua jugaklah. Hari Ahad 6/1/13 tu kitorang bawak dua beradik tu pegi jenguk tadika.Tak jauh mana ngan ofis aku dan dalam kawasan kampung mentua aku jek. Tadika Adikku Bijak,kelas nama tadika kau yeh

So, hari pertama pegi hantar tu dah tengahari.So nampak si Kakak tu ok je. Yang adik pun ok gak sebab dah nampak mainan ngan kawan-kawan baru.Alhamdulillah. Masa petang pegi amik dorang tu so far ok lah nampak cam excited giler dapat kawan baru.Biasalah nama pun kanak-kanak kan.

Second day dah buat registration semua dah siap bayar yuran ngan baju sekolah. Pegi sekolah harus lah ceria..





















Amboih..kemain lagi posing korang yeh.Semalam balik dari kerja apak dorang mai amik aku kat ofis.Si kakak ni lah paling kecoh cerita itu ini. Yang bestnya kakak cakap " Mummy..adik kencing atas cikgu " aku rasa cam hahhh??? apa kau buat ni labuuuuuu....??? Pastu aku tanya lagi.. " Kenapa adik kencing atas cikgu " dia buat muka sardin jerrr..hoihh..tak senonoh lah budak ni. Pastu bila aku tanya si bapak dia pulak..dia cakap " mana lah sy tahu..ye lah kut.." kau boleh buat tatau anak kau buat dajal. Tapi aku faham jugak kan kalau dia busy body duk soal jawab ngan cikgu tu kang nampak pulak eh..mamat nih kecoh macam pompuan. hadoii lah..


Tapi lately aku perasan yang Kesya ni asal bangun pagi jer merengek.Maybe sebab tak puas tido kut.Biasa bila pegi rumah umi pengasuh dia dulu takyah mandi pon takpe.Ini nak pegi sekolah kena mandi comel2 dulu. Pastu cikgu cakap dia tak makan saman. Susah nak pujuk.Well anak no dua memang camtu eh. Agresif sikit..kuat sentap dan asik nak menang saje. Hamboihhhhh...cantik kau punya perangaiiii


Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year ols

Assalamualaikum..Selamat Pagi Malaysia..

Sedar tak sedar dah melangkah ke tahun baru..Tahun 2013..kejap je masa berlalu kan..Azam tahun baru cemane..Tapi...yang tahun lepas punye dah tecapai kee?? hahaha..Tak kisah..janji ada azam..bukan encik Azam yehh..

Apapon...Selamat Tahun Baru 2013. Semoga tahun baru yang akan datang ini akan menyinari kehidupan kita.Mana yang lepas tu..jadikan kenangan..Tak kira pahit maung suka duka. Yang penting hajat yang di idamkan telah tercapai.Bagi yang belum tercapai..kita carry forward ke tahun ni ye..boleh??


                                 



Wish aku sempena New Year :

- Mahukan keberkatan rumahtangga dan kebahagiaan sepanjang hayat dalam rumahtangga.Dipelihara oleh Nya dari kecelakaan. Moga-moga Allag permudahkan segalanya. Amin.

- Mahukan peluang kerjaya yang lebih cerah dalam bidang sekarang.Maksudnya kalau boleh aku nak jadi staf tetap.Dah tak nak jadi staf sementara..Penat ok..penat poket.Hehehe..

Tu je yang aku mintak..Moga-moga impian ini termakbul..




Tuan Tanah hari ni colour of delight..haha.. Ambik semangat tahun baru dengan harapan kehidupan yang bakal mendatang penuh dengan warna-warna ceria :)



Klik klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...