Klik klik

V . I . P GUEST

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 22, 2012

Budu memang terbaik wok!!

Assalamualaikum..

Selamat pagi..Alhamdulillah..arini rejeki datang mencurah-curah..heheh..Walaupon takde lah curah mane pon..haha.. Semalam masa duk minum tengahari kat pantry..kitorang saje je cakap kalau makan nasik budu nih sedap jugak...tang-tang tuh jugak laa ofismate buat cadangan nak makan nasik buduk esoknye..So..kitorang buat potluck lah..Ko bawak ikan..aku bawak sayo..kau goreng telo..kau itu..kau ini..hahah..Aku bawak telor masin dua bijik..Tu pon kebetulan telo masin yang tuan rumah kasi..Sedap..tak masin mana pon..Kesya pon bleh makan..kemain lagik.. Pastu pegi Mydin beli ikan kering..haha..Subuh tadi bangun goreng ikan kering...satu rumah semerbak harumm..Sedapnye lahhh...


Tengok tu..kau sikit..aku sikit..joyah sikit..minah sikit...samad sikit...Terus penuh satu meja tau..walaupon menunye ala-ala kampung gitu...Tapi..tersangat lah bestttt... Tang budu ngan mangga muda tu yang tak tahan...Tetiba tertambah nasik dua pinggan...Walhal pagi tadi dah pekena roti canai telo~~


p/s : Aku baru dua bulan preknen..Makan dah mcm esok-esok jer nak beranak..Besar lagik laaa baby aku..hadoiiii~~~


Wednesday, March 21, 2012

Diculik atau "menculik"


KUANTAN – Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.
Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.
“Setelah menyiasat kes ini, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik. Remaja ini keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.
“Gadis ini mengaku dia lari dari rumah untuk menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ahad lalu, Siti Nur Fatihah dilaporkan `diculik’ oleh tiga individu termasuk seorang wanita semasa keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini.
Gadis itu bagaimanapun ditemui selepas polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di Kampung Merchong, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Dia dibawa ke kampung tersebut yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar ini.
Narenasagaran memberitahu, remaja itu sendiri menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk menghantarnya ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong pada hari dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.
Menurutnya, Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sultanah Fatimah di sini untuk diberi kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu ditemui sesiapa.
Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang didakwa melarikan gadis tersebut, Narenasagaran berkata, mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil untuk memberi keterangan.
“Mereka tidak melakukan penculikan. Mangsa sendiri mengaku tidak diculik serta tidak dikasari atau dipaksa,” jelas beliau sambil memberitahu kes ini dianggap selesai.
Sementara itu, di MELAKA, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes culik di negara ini.
Menurutnya, polis yakin anggota dan pegawai polis sedia ada mampu menangani kejadian seumpama itu.
“Kes penculikan dan kehilangan individu di negara ini tidak serius. Bagaimanapun, ia mungkin disensasikan seolah-olah negara ini tidak selamat sehingga mencetuskan suasana panik dalam masyarakat,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.
Ismail menambah, beliau percaya kepada kemampuan pasukan polis dalam menghadapi sebarang kejadian jenayah termasuk kes culik selain akan meningkatkan pemantauan dan rondaan bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.

*************************************************************************

Adoi laaaa adik-adik.. Tak baik tau buat macam ni..kenapa laa korang bleh terfikir yang korang lebih selamat berada dalam pangkuan orang lain selain dari ibu bapa sendiri??

Kesian tau kat mak apak korang... Pung pang pung pang duk menggebang cakap yang anak dara dorang baik..dengar cakap orang tua..akrab ibarat rakan sebaya...tapi alih-alih hangpa duk ikut jantan lari..Ehh tolong laa..jangan laa bertindak luar kewarasan..Kalo ada apa-apa hal..bincang lah sebaik-baiknya..Lari bukan buleh selesaikan masalah kita dik..

Lagi satu..malu tau mak apak kalo diorang tahu yang anak dorang bukan kena culik tapi ikut teman lelaki?? WTH??  Kita kat Malaysia bukan kat Lombok..Lagi satu..Jantan macam tu bukan buleh buat laki dik..Kalau betul laki tu suka kan kita..dia takkan bawak lari kita dari keluarga..Dia akan tunggu adik habis belajar dulu..pastu ikut adat lah..Kata orang Melayu.. lagi satu..baru 15 tahun dikk...15 tahun...SPM pun belum lepas..Hingus pun masih bejejeh lagi..So..plss laa..fikirkan balik maruah dah air muka ibu bapa kita..Terutamanya IBU kita yang selama beberapa hari ni asik laa berlinang air mata jer bila teringatkan anak daranya yang 'diculik' tu.. Kesiankan..

Apa pun..kita sebagai ibu bapa..selalulah pantau pergerakan anak-anak..Budak-budak zaman sekarang semakin advance..Benda macam ni pun buleh buat main-main..

p/s : Tetiba aku plak yang emo..yes..because i am a daughter and a mother olso !!


Sunday, March 18, 2012

Bila lelaki di dapur..

Semalam Abah keje on duty kat ofis pagi Sabtu..Sampai lah petang baru balik rumah..Mencik tau..hari minggu pon khoje..Tapi apakan daya..redho jer lah..

Lepas balik keje..Abah rajin lah pulak tolong mummy masuk dapur.. Jum tengok ape abah buat kat dapo..











Goreng cucur udang rupanya..tak sempat nak snap pic time dia tengah gaul adunan tu...Kacang jer sebab pakai cucur adabi..Hahaha..tapi..apepon...tQ sebab sudi tolong bini dia yang ngengade nih..Kalo aku masak sendiri..aku ok jer ngan bau-bau tu suma...tapi apesal bila orang lain jer yang masak..sume benda pon bau busuk..Bau minyak masak pon busuk oke!



Thursday, March 15, 2012

Info Ibu Hamil

Memandangkan aku tengah preggy ni..meh laa kita share info ni..yang di petik dr Fb kawan-kawan..



Perkara Yang Harus Diketahui Oleh Suami Ketika Isteri Mengandung

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.
 


*****************************************************************************

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.



Alhamdulillah...syukur di beri kesempatan lagi untuk melalui detik-detik indah yang penuh bermakna sebagai wanita, isteri dan ibu.. Syukur Ya Allah ke atas anugerah ini.. Moga-moga Allah memberi segala kemudahan dan kesenangan serta rezeki kepada keluarga kami lagi..

Juga syukur yang tak terhingga dipertemukan seorang lelaki yang begitu memahami keadaan diri ini..Selain sabar melayan kerenah ibu mengandung ni..beliau jugak tak lokek menolong saya di rumah..Tak perlu di suruh, beliau ringan tulang menolong saya melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian,jemur, jaga anak-anak..Jasanya hanya Allah saja yang balas ;)

We all love u strongly lah abah..muahhh..

Mummy Dona Kesya ;)



Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday : Apa dosaku?

 


Apalah salah anak kecil ni??

Sanggup si pelaku buat macam ni??

Ya Allah...Kau lindungi lah anak-anak ku dan keluargaku dari manusia yang berhati binatang ini..Dan sesungguhnya..dari Engkau kami datang..kepada Engkau jugalah kami kembali..Tetapi..tetapkanlah cara kematian dengan sebaiknya..Jauhilah kami dari kesakitan dan keseksaan dalam jalan menujuMu..Amin..

Sedekahkan lah Al-Fatihah untuk arwah Adik Nurul Nadhirah Abdullah..Moga si pelakunya mendapat balasan yang setimpal bukan sahaja di dunia..malah akhirat pasti menanti ganjarannya..

Mode : Takut bila fikirkan keselamatan anak-anak sekarang...trend anak-anak hilang kembali lagi..Kepada ibubapa..luangkan lah masa dan tenaga anda untuk bersama anak-anak anda..Wang ringgit boleh di cari..Anak-anak tiada tandingan..



Klik klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...