Klik klik

V . I . P GUEST

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 27, 2011

Loghat Kelantan

Assalamualaikum..Selamat pagi..

Selamat Hari Khamis semua..korang cuti ke arini? Aku tak amik cuti pon..sebab cuti dah ciput sangat dah..tak larat..Walaupon banyak benda nak kena settle kat rumah.Kann..nak pindah masuk rumah baru..walauponnnn...rumah sewa jerr..alalal..Takdak hal..Esok kan Jumaat..hari minggu tu boley lah kemas ape yang patot..Kan..aku kat Kelantan..Kelantan cuti ari Jumaat dan Sabtu..

Sebut pasal Kelantan..Korang blogger yang luar dari Kelantan ni..penah datang sini tak?? Haaa..pernah kan..bila korang yang penah datang sini..dengar loghat Kelantan ni..korang paham tak? Aku sure dalam 100 orang tu..3-4 orang jer yang paham loghat Kelantan..Kelantan pure punye kan..So..jum aku bagi kosa kata yang biasa orang Kelantan guna dalam pertuturan seharian..

1. Agah = sombong

2. Aloh la = mengeluh


3. Bekok = bergurau



4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin

5. Bera = lari bertempiaran/berderai


6. Beso = biasa


7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak


8. Blana-kokna = terlalu banyak


9. Blarok = berarak semasa majlis kawin


10. Bleber = berleter


11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit


12. Blikat = bahagian belakang badan


13. Bojen = fesyen atau style rambut


14. Borak = semakin parah-sakit


15. Brehi = menyukai atau minat


16. Brembah = bergaduh- utk haiwan


17. Brona = membuat perangai-menangis


18. Brunga = berlari


19. Cakduh = mereka yg kurang kemas


20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2


21. Cedung = bersawah


22. Cekak = larat


23. Cetong = gayung


24. Cok = cangkul


25. Cokek = mencucuk jari ke pinggang org lain


26. Cokoh = duduk


27. Colek = pencicah


28. Come-lote = terlalu cantik


29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)


30. Derak = keluar bersiar-siar


31. Dumoh = rumah


32. Ejas = memikat


33. Gege = bising


34. Glecoh = tergelincir


35. Glegaa = lantai


36. Gorek = pengasah pensel


37. Grentok = jambatan


38. Gubak = kedudukan yg terakhir


39. Hambak = mengejar


40. Hudoh-banga = sangat hodoh


41. Igak = tangkap


42. Itee-lege = terlalu hitam


43. Jelo = terlebih


44. Jenero = tertido


45. Jerik = menangis


46. Jet = perbuatan menendang


47. Jolo = betul (ye ke?)


48. Jula = dahan pokok


49. Kalar = pensel warna


50. Kale = pensel


51. Kekoh = gigit


52. Kelik = balik


53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat


54. Kerah-kejun = kaku


55. Khenak = membuat jahat



56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)

57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa


58. Kube-lembe = berselerak


59. Kuca-bara = berselerak



60. Kura = menconteng

61. Lak’eh = tidak bermaya


62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)


63. Manis-letin = amat manis


64. Masem-purik = amat manis


65. Masin-perak = amat masin


66. Meroh-mere = merah padam


67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang


68. Meta = sekejap


69. Mokte = rambutan


70. Mongek = pembonceng motosikal


71. Mulo = masa lampau


72. Nacar = terlajak


73. Ngelik = mengelak dari sesuatu


74. Ngenkok = menyenkeh


75. Ngolek = gelecek bola


76. Nyetok = kejang


77. Pahit-lepe = terlalu pahit


78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)


79. Parok = parah


80. Pekong = membaling sesuatu


81. Perik = serik


82. Pitih = duit


83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar


84. Puteh-lepuk = amat putih


85. Ralik = berkhayal atau mengelamun


86. Rekngan-napun =ringan sangat


87. Repih = mematahkan


88. Royak = beritahu


89. Samah = 50 sen


90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)


91. Sokmo = selalu


92. Suloh = dahi yg lua
s



93. Sumbak = tertekan

94. Tawa-leba = tawar


95. Tebolah = cuai


96. Tiok = menangis


97. Tok rok = tidak larat


98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju



99. Tubik = keluar

100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising



Haaa..sekarang dah paham kan? So..kepada korang yang teringin atau berhajat nak datang Kelantan..boley lah prektiskan loghat-loghat ni..Tak susah pon sebenarnye..Hehe..sekurang-kurangnye..walau tak dapat tuturkan..at least korang paham pon dah kira ok lah kan..Heheheh...

Selamat mencuba ^_^











Monday, October 24, 2011

Sape nak FM Foto Free!!



Tekan banner utk join

Due date 30 Oktober 2011




Sunday, October 23, 2011

Sape lagi mulia

Samat pagi & Assalamualaikum..



Perbezaan antara Anjing ( Haiwan a.k.a Binatang ) dengan Manusia

See..memalukan.. T__T





Wednesday, October 19, 2011

Dunia baru..Dunia tanpa sempadan

Assalamualaikum..Selamat tengahari..

Alhamdulillah..syukur yang amat kehadrat Ilahi..dengan limpah kurniaNya..dengan izin dariNya..akhirnya..Aku dah berjumpa dengan rumah idaman kalbu..Walaupon sekadar menyewa..tapi..Alhamdulillah..rezeki kami ada di situ..Setelah mendirikan rumahtangga 3 tahun yang lalu..kitorang pernah merancang yang kami nak tinggal berasingan dari orang tua..Mengenangkan yang aku nih tak pernah berjauhan ngan famili terutama mak..Hasrat untuk hidup berdikari tu sentiasa tersemat di hati..Cewahh..

Lepas berhempas pulas mencari rumah untuk disewa..Alhamdulillah..pencarian kami berhasil..Rumah tu takde lah besar sangat..kecik pon tak jugak..Just nice untuk kami berempat menumpang teduh dari panas dan hujan..heheheh...Harga pulak kami kira dalam kemampuan lagi..So..dengan semangat berkobar-kobar..hubby terus setuju untuk tinggal di sini..Walaupon jauh sikit dengan bandar..tapi dekat dengan tempat keje..Kira ok lah dari takde..



Nih bahagian depan rumah..Rumah ni baru siap sebenarnya..Baru sehari dua masukkan letrik..So..dengan harga nya RM300 jer sebulan..kitorang rasa dah berbaloi-baloi..



Ni kat ruang tamu..masih bersepah-sepah lagi..Tunggu kitorang masuk jer nanti kena bersihkan semua..Ruang tamu pon takde lah besar sangat..Kira ok lah tu..Kalau besar-besar pon..kitorang bukan selalu ada kat rumah..Siang keje..Malam baru duk rumah..so..kira just nice lah..



Nih pulak bilik utama..Siap ada kipas..Kalo nak sejuk lagi..boleh letak aircond :) Bilik pulak ada 3 semuanya..So..standard lah tu..Bilik pon tak luas mana..tak jugak sempit sangat..Sangat-sangat berpuas hati



Yang nih pulak dapor..ok..tempat yang paling aku suke...kate kan isteri dan ibu..haruslah tempat paling best tu adalah dapor..paling penting..kang mak nak masak niiieee!!


Last sekali adalah bilik air..bilik air nih satu jerk.tapi takpelah..bukan ramai pon nak guna..Kami empat beranak jer..Takpe lah..Kira dah ok sangat lah tu..

Hehhehe..kalo takde aral melintang..InsyaAllah..bulan depan kitorang akan mula pindah..Tak sabar nak mulakan hidup baru..Harap-harap Allah permudahkan segala urusan dan jalan kami..InsyaAllah..





Tuesday, October 18, 2011

Bila manusia tiada sifat kemanusiaan

Assalamualaikum..Samat pagi..

Lama dah tinggalkan blog ni..bukan tinggal ke mana pon...ade jer depan komputer nih hah..cuma takde mende nak hapdate..Jadi..membisu jer lah depan pc ni..Sambil bw sambil baca update terbaru dr blog yang aku follow..Hehehe..takde keje jadik keje..

So..pagi semalam bukak facebook..ada video dr Oh Media pasal budak lelaki umur dua tahun kena gilis dengan 2 bijik lori..Perggghhhh..giler babs!! Aku tak berani nak tengok..bace komen-komen orang kat situ pon dah tahu ape yang jadik..Sebab aku ni jenis kalo tengok benda-benda tragis gini..Dua ke tiga hari pasti benda ngeri tu terngiang-ngiang di mata nih..So..aku putuskan taknak tengok lah..Daripada komen-komen kat situ..dorang sumpah seranah si pemandu lori ngan orang awam yang begitu kewl giler...Budak kena langgar separuh mati gitu..Dorang boleh tengok saje??? Pergghhh..Binatang kalo kena langgar..kucing lah contoh paling senang..Kalo kucing kena langgar pon aku tak sampai hati nak biarkan..Mesti alih letak ke tepi..Tapi orang China nih buat bodoh jer..Takde sifat kemanusiaan langsung..

Semalam dalam Buletin Utama lagi sekali memaparkan klip video nih..Masa nih lah aku tengok macamane penduduk China ( bukan semua ) yang buat tak endah jer dengan kejadian ni..Sedih sangat..Rasa macam nak g tembak sekor-sekor yang tengok aje tu..Memang betul-betul takde kesedaran sivik lah dorang nih..Aku rasa adalah dalam 18 orang yang jadi penonton tu..Subhanallah..Moga-moga Allah memberikan balasan yang setimpal dengan apa yang berlaku terhadap anak kecil tu..

Aku yakin..dua pemandu lori tu kalo ade kat Malaysia nih..mati kena belasah..Hahhh..biar padan ngan muka..kaaannnnnn..hangin tetiba pagi-pagi ni..Hhahaha..ok...tutup kisah di China...Kita balik ke Malaysia..Semalam jugak..dalam berita yang sama..Pelajar perempuan 16 tahun bersalin dalam bilik air asrama di sebuah sekolah Betong dengan penemuan bayat bayi yang baru dilahirkan kurang dari tempoh 24 jam mati dengan kesan kecederaan di kelar pada bahagian leher, perut dan belakang badan..Gile keji kan?? Baru 16 tahun tuuu?? Dah lah beranak anak luar nikah..pastu g bunuh pulak..Adoiii lahh...Kemain lagi ramai pasangan suami isteri nak kan anak..Yang budak nih beranak senang-senang pastu g bunuh pulakk...

Kesian pulak bayi malang yang tak berdosa tu..Apalah salah dia..Kalo dah taknak anak tu..pegi lah letak depan tangga rumah orang ke..letak kat masjid ke..Daripada duk lempar sana sini..Buat "keje" tu reti pulak..Sifat kemanusiaan manusia sekarang semakin hari semakin menipis..Kadang-kadang tu takut pulak nak tengok berita arus perdana sekarang..Sebab..takut nak terima berita-berita yang sadis macam ni..Semakin maju negara kita..semakin teruk akhlak manusia.. MasyaAllah


p/s : Selalu ingat Allah untuk elakkan dari segala kemungkaran

Wednesday, October 12, 2011

Kebaikan Seks : Fakta Ilmiah

Assalamualaikum..Samat pagi..

Dah lama tak update..lately takde citer pulak nak share..Tapi aku ada baca satu info ni..Aku kira benda yang elok ape salahnye kita sebar-sebarkan ..ye dak? So..jum baca sesama..


" Kerajaan Rakyat : Kesihatan   AMARAN: Jangan lakukan seks semasa isteri sedang uzur! 

Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah: 


1). Seks mengurangkan tekanan Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah. 


2). Seks meninggikan Immuniti badan Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain. 


3). Seks membakar lemak Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US. 


4). Seks menguatkan kesihatan jantung Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.


5). Seks meninggikan Self-Esteem Seks meninggikan ‘Self esteem” . Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri. 


6). Seks membuatkan kita lebih menyayangi Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi. 


7). Seks mengurangkan sakit Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda. 


8). Seks mengurangkan risiko kanser Prostat Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International. 


9). Seks menguatkan otot pelvis Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti. 


10). Seks membuat anda tidur lebih lena Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian."



 PERINGATAN: Janda atau Duda sila cepat kawin agar dapat faedah kesihatan ini.



P/s : Yang belom kawen..jangan pulak bila baca info nih..korang terhegeh-hegeh ajak partner buat hubungan yang tak sah yer..nanti tak pasal-pasal akak dapat "saham" korang..Tak kosa..Baik kawen cepat-cepat..benda baik elok disegerakan aje..Kan..tak yah nak "big work" bagai..buat yang wajib dulu..pastu baru pikir yang adat istiadat tu..Ye adik-adik..ngeee...



Monday, October 10, 2011

Cerita Lawak : Curang

Sambil release tensen..nak kena ada jugak humor kan..asik lah mandang pada keje jer seharian..Meh kita gelak-gelak sikit petang ni..Artikel ni copy paste dari facebook..


Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"



Moral of the story : Tak baik curang !! Bedosa..heheh


Sunday, October 9, 2011

Isteri Dalam Pantang, Bapa Liwat Bayi 23 Hari

Assalamualaikum..Selamat petang..

Hai..hari ni hari Ahad..dah boley start keje ngan tenang dah..Kesya pun dah discaj dari wad..So dah tak risau sangat dah..Cuma nye dia perlukan perhatian sikit..Sebab selsema ngan batuk tu masih ada..Chicken pox ngan asthma pon ade lagi sikit..Insyaallah..nanti beransur sembuh la tu..

Hari ni blogger masih ramai yang off kut..Sebab tak banyak mane dorang publish entry..bosan pulak..duk tengok facebook pon macam bosan jer..Alahaii..Tapi..tetiba tertengok artikel ni masa tengah layan Facebook..Subhanallah..Kejam sungguh manusia akhir zaman ni..Let read..

Isteri dalam pantang..Bapa liwat bayi 23 hari..

KUALA LUMPUR  -  Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.
Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.
“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. – TheMalaysiaInsider


Sanggup ke korang dengar cerita macam ni..tak sure pulak berita ni keluar..tapi memang durjana lah jantan macam ni..Sanggup lah pulak liwat darah daging sendiri..pulak tu baru umor 23 hari?? Omaiigeeeee...tolong lah..pihak berkuasa..jangan biarkan manusia durjana begini terlepas..hukam lah dengan setimpal apa yg telah dilakukan..Semoga Allah melindungi bayi malang itu..


P/s : sebak rasanya..bila manusia xleh nak kawal nafsu sendiri..

credit to : here

Thursday, October 6, 2011

Kesya still in da ward

Hari ni mood still bercelaru..Kesian tengok anak kat wad

" Hanya satu pintaku..untukmu dan hidupmu..baik-baik sayang ada aku untukmu..
  Hanya satu pintaku..di siang dan malammu..baik-baik sayang..ada aku untukmu.."








Get well my dear.. Mummy always be there for u~


Tuesday, October 4, 2011

Sembuhkanlah anakku Ya Allah~

Assalamualaikum...samat pagi..

Pagi nih online blog dekat hospital..Kisahnya..semalam pengasuh Kesya call aku kat ofis..katanya Kesya tu asik muntah jer..pastu susu taknak minum..apatah lagi nak makan..Aku pon cuak giler..mintak hubby pegi ambik dia then bawak pegi A&E department..On the spot..kena tahan ward..Aduhaii anak mak..

Lepas doktor periksa..doktor suruh admit ward sebab bimbang in case paru-paru Kesya kena jangkitan kuman..Lagi pun..tempereture Kesya almost 40 celcius..Tu yang risau sangat tu..


Tunggu giliran kat A&E..tido..maybe sebab letih..sesak nafas jadi xleh tido..




Walaupon tak sehat..sempat lagi posing..dah pandai sedut nab sendiri..ohh..my gugurl dah besa!!




Keadaan semasa..masih lagi tak berdaya..asthma pun still ada lagi..paling tak tahan..dah dua kali masukkan sub ( tah betul ke ejaan ni..ubat yang di masukkan melalui punggung ) tapi tempereture masih sama..still 39 celcius..Cepat-cepatlah sihat dik.. Mummy rindu wajah notti Kesya..







I miss this moment..Ya Allah..sembuhkanlah anakku Ya Allah~


Monday, October 3, 2011

Aktiviti hujung minggu

Hai..

Dalam pada anak tak sehat pon..makan tetap makan..perut sendiri harus lah diisi supaya dapat membekalkan tenaga untuk jaga anak yang sakit..hehhehe..

Jum lah kita tukar citarasa sikt..hehhe..ape yang terdaya hanya lah yang simple-simple tahap gampang..sebab buat keje sambil kendong anak..macam tu la jadi nye..So..untuk weekend aritu kitorang hanya makan yang ringkas saje..



Tomyam + ayam goreng halia + kangkung goreng belacan + telur dadar..Okelah dari tak buat pape..

Lepas tu..belah petang pulak sempat buat desert, Puding Roti Karamel..Resepi ni copy paste dr blog Kak Yatie



Walaupon rupanye tak lawa tapi sedap..hahhaha..cam hampeh pon yer jugak..sebab tak ikut resepi betul-betul..hahah..xpe lah..yang ni pon dah selamat kitorang telan..heheh..




Get well soon my dear

Assalamualaikum..Selamat pagi..

Lamanye tak menceceh kat sini..nak kata rindu gile tuh xde lah pulak..nak kata tak rindu..pon tak jugak..tak macam rindu kat laki lah..muahaha..oke melalut..cuti hujung minggu korang pegi mana? Yer lah..aku kat sini duk melepak kat umah jer..Jumaat, Sabtu, pastu Ahad apply cuti lagi..Pon keseorangan kesunyian kat rumah..muahahha..Bukan ape..Kesya tak sehat..Kesian gile kat dia..Kenapa lah tak abes-abes anak aku yang sorang ni kena penyakit..Sedih mummy tau..

Buat pengetahuan korang..ehh..ade ke..oke..untuk makluman..Kesya dah berapa hari dah kena attack ngan chicken pox..and for now..dah double triple pulak..Chicken pox + flu + cough + fever + asthma!! Ohmaiiigeee...banyak giler penyakit melekat kat anak aku..Kesian dia..dah la chicken pox tuh gatal...miang jer kan..pastu ngan flu..tersumbat lubang idung..batuk-batuk..sebab batuk tu lah dia jadi tak lalu makan..susu pun minum sikit..biasanye 9oz..sekarang nih..4oz kadang-kadang jer habis..Kadang tu dalam sehari..5-6 botol jugak lah minum susu..skali dah jadi macam ni..minum susu kena paksa..Sebab tuh aku sentiasa ada ngan dia..sebab senang nak alert bila dia mintak susu..cepat-cepat pegi bancuh..nasik? lagi lah taknak..

Sekarang nih asthma pulak..kesian dow perut dia turun naik turun naik..sume jadi tak kena..tido pon kejap-kejap bangun..Bila tengok aku ada kat sisi..dia tido balik..Tapi bile celik jer mata..tengok mak dia takder..mula lah merengek-rengek..merangkak-rangkak cari aku..Aku pulak bila dah kat rumah..banyak keje..so..buat keje sambil kendong anak..Masak pon kendong anak jugak..huhu..girl power!!







Muka pun sememh jer..Kesian la anak mummy sorang ni..get well soon my dear..Mummy always be there for u..Muaahhh..



Klik klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...