Klik klik

V . I . P GUEST

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday jugak lah :: 1st trial nasik lemak..

Assalamualaikum..Samat pagi


Boley laa..untuk tekak laki dan tekak sendiri..jalann~


Tuesday, September 27, 2011

Contest Raya Sedondon


Jum..join..tekan banner laju-laju


Untuk baju raya pertama..kitorang sepakat nak sedondon kaler biru muda..Lagi pun takde lagi baju warna ni..kebetulan pulak masa tuh aku dah beli tudung warna biru..so..kitorang kira warna biru muda ni ler warna tema kan..hehe..senang citer..tak payah pikir dah..



Raya kedua pulak kitorang serba merah dan hitam..anak-anak jer pakai skirt kaler lain sikit..takpe lah..asalkan merah tuh ado..hentam jer..


Untuk raya ke tiga dah kira koboi dah..pakai t-shirt purple..yang anak-anak dah lama beli..yang mak apak jerk beli masa g shopping complex raya kedua ritu..sempat lagi shopping..*walaupon t-shirt murah jek*



okeh..aku nak tag

Mama Raisya
Mummy Auni


Tuesday, September 20, 2011

Komik KL Gangster..haha

Tengahari cenggini..ape kate kite release tension ngan keje kejap..Jum layan komik ni..siyes best giler..sape punye keje lah ni..geliga punye otak..heheh..






sumber : kakibising


Supermodel without makeup..


Jum tengok supermodel hot yang seksi tanpa mekap..cantek ke??



Kate Moss





Adriana Lima






Claudia Schiffer





Gisele Bundchen






Karolina Kurkova





Kate Moss




Heidi Klum




Naomi Campbell




Pamela Anderson




Natalia Vodianova



source : sini

Puasa

Assalamualaikum..

Hari ni..insyaallah kalau takde ape-ape halangan dan sampai ke azan maghrib karang..tinggal sehari jer lagi aku puasa..heheheh..Giler lambat..orang lain dah beraya sakan dah..haku baru terhegeh-hegeh nak puasa.

Yer lah..lepas raya hari tu..mood pun dalam mood raya lagi..minggu ke dua syawal baru start puasa..minggu lepas dah puasa 3 hari..pastu..lagi dua hari tak bangun sahur pulak..AKu takleh..kena sahur jugak..kena makan nasik jugak walau sejemput jer..kena jugak..hahha..Pastu jumaat sabtu kan weekend..tak larat nak puasa sebab banyak godaan kalo dok umah..ehhehe..Ahad pulak ade jamuan raya..so..terus ke ari isnin..selasa dan insyaallah esok last dah..yeayy..dah boley raya dah..

Semalam bukak puasa ala kadar jer..dah lama tak bawak budak-budak pegi makan mc donald..so..pegi mc donald jer lah..mak kau nih takde DSLR bagai..so..tak kosa laa nak snap2 picta pakai henpon burok ni..tu pon kejap idup kejap mati..azab sangat dah henpon ni..muaahahah..dah laa iklan nuffnang pon jarang2 nak singgah..naseb jer kann...



Dalam takde gambar..selitkan lah jugak lah gambar anak dara terchenta nih..kemain lasak bila dah sembuh yer..syukur Alhamdulillah..


Baru dapat BE

Assalamualaikum..samat pagi..


Alhamdulillah..selepas kuar entry pasal Nuffnang baru lah dapat satu BE baru..Jadi lah kan dari takdak langsung..orang lain dah beribu riban dah cash out..aku..nih baru jer lahir..biasalah tu..hehe..apepon..aku gembira nih..moga-moga lama lah menempek kat situ..heheh.. tengkiu Nuffnang




Ahaks!!



Monday, September 19, 2011

AKU DAN BUDAK CUTE

Cik Ija punya cerita

Jum sama-sama join..Tekan banner laju-laju ;p



Nih budak-budak cute ke?? Cute lah bagi kami..(kang orang kate prasaang pulak..puji anak sendirik) takpelah..Dorang nih anak-anak saya..Yang kat tepi tuh..Kakak..Nama dia Wan Nur Afrina Safiyya Wan Mohd Khairul Anuar..Umor baru 2 tahun 4 bulan

Yang atas dokong tuh pulak yang adik..Nama dia Wan Nur Adrina Khalesyya Wan Mohd Khairul Anuar.. Umor pulak 1 tahun 3 bulan..

Dorang lah pujaan hati pengarang jantung kami..Dorang lah kekuatan kami..tulang belakang kami..Racun dan jugak penawar suka duka kami.. Walaupun kadang-kadang geram jugak ngan perangai masing-masing..Heheh..

Nak tag

Mummy Auni
Mama Emma
Mama Raisya


Sunday, September 18, 2011

Gaya Si Comel Berhari Raya 2011


Nak join? tekan banner laju-laju 

31 October 2011

Penganjur oleh BabyIbu dan Azzamoro



Penaja





Yang depan skali yang rambut macam tempurung tu anak I yang nombor 2..heee..muka nak ala-ala gangster sikit..nama dia Wan Nur Adrina Khalesyya Binti Wan Mohd Khairul Anuar..Umor baru jerk setahun 3 bulan..tapi bila gaduh ngan kakak konpen dia yang menang..walau bederai-derai air mataa!!

Yang tepi sekali tu anak I yang sulong..punyer lah manje anak apak sorang ni..Muka pon dah tahu anak apak nih..nyampas!! Nama dia plak Wan Nur Afrina Safiyya Binti Wan Mohd Khairul Anuar.. Umor plak baru jerk 2 tahun 4 bulan..mulut pon pot pet pot pet..becok gilerr..penat mak apak kau melayan..

Yang tengah tu selingan jer..anak sedara..boria dorang betiga..kira ok lah kan tuan/puan penganjur..harap approve lerr..heheheh

Ape pun..saya sayang dorang sume..muaah muaahhh..paling geram giler ngan si kecit gangster desa tuhh..eee...tampar bontot kanggg!!!


Thursday, September 15, 2011

Bila anak-anak tak sehat..

Assalamualaikum..Samat pagi..

Hari ni rasa sedih pulak..pagi-pagi lagi mood sedih dah datang..kat ofis sekarang nih..Dah masuk hari ke empat dah kakak Dona naik bertih atau chicken pox..Nampak makin banyak ade lah..kesian dia..malam-malam takleh nak tido sebab gatal kan..Pastu si Kesya pulak lagi lah naya..sebab asthma dia makin jadi-jadi..Alahaii..kesian nye anak-anak mummy nih..Nak buat macamana dik..penyakit nih bukan kita yang mintak..Allah yang tentukan..





Nih lah chicken pox yang telah menjelajah tubuh anakanda aku ni..Kesian dia..amik gambar nih dia tak tahu..sebab dia kata gatal..pastu sakit..aku tolong gosok-gosokkan badan dia..masa dia cakap sakit tuh yang aku tak leh nak tahan..sebak rasa..macamana aku nak buat?? Gosok jer lah yang mampu..Kesian giler kat dia..Yang nih kali kedua dia kena chicken pox..sebab dulu penah kena sekali..Masa 1st time kena tuh..Kesya pun kena sama..abah dia pun kena jugak..Yang herannya..abah dia kena untuk kali kedua jugak..Skarang nih dia risau takut kena lagi sekali..Sedarah sedaging kut..Sebab tu kakak lebih rapat ngan abah..



Bila dah tahu yang mummy snap gambar dia..terus nanges gile-gile punya..Tangan tu siap nak pukul kamera.."jangaannn..jangannn..." sambil nanges-nanges..Eh budak-budak pon reti malu jugak kan?? Takpe lah kakak.. Kakak kena chicken pox..nanti dah besar dah tak kena lagi dah..yer.. :)

Kesya pulak..kena asma lagi..Kesian jugak anak aku sorang ni..every month mesti kena..tak tahu lah nak buat macamana..dah banyak petua dah orang bagi..tak jugak menjadi..tetap jugak datang asma tu..Abang ipar belah hubby cakap..kalo asthma yang takde keturunan..insyaallah akan sembuh apabila mencapai umur 3-5 tahun..yang tu aku tak pasti..tapi apa pun moga-moga bila dah umor 3 tahun kesya dah ok dari asthma..Kalau boleh..sekarang pon nak mintak dia baik terus dari asthma..taknak lagi dah..Nak sedut in healer pon susah..kena pegang kaki tangan tak bagi gerak...kalo tak meronta-ronta lah budak tu..Kalo tido kena meniarap..bantal kena tinggi..pastu minum susu sikit-sikit..makan jangan cakap..terus tak selera..



Tengok muka pun dah tau..muram jer..pastu dah tak aktif macam biasa...

" Ya Allah..Ya Tuhanku..Tuhan pemelihara manusia, Tuhan penghilang segala penyakit..Sembuhkanlah penyakit anak-anakku Ya Allah..kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada yang lain dapat menyembuh selain Engkau (sembuhkanlah Ya Allah) dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit "


-Amin-


Mummy sayang anak-anak mummy..Mummy akan sentiasa berasa bersama kalian..Insyaallah..hingga nafas terakhir ibumu ini

Love Dona & Kesya


Wednesday, September 14, 2011

Aku tidak solat tapi aku tetap berjaya..

Assalamualaikum..samat pagi rabu..

Jumpa sumthing nice utk share..copy paste dari fb


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


Jum kita sama-sama renungkan dalam kehidupan kita seharian..adakah kita tergolong dalam golongan istidraj?

Moga-moga dijauhkan segala perbuatan keji dan dipelihara iman dan akidah ini..amin..


Tuesday, September 13, 2011

Nuffnang oh Nuffnang

Assalamualaikum..samat pagi..

Dah berapa bulan dah aku blogging..yer lah..kata orang baru dalam arena blogging nih..harus lah buta segala..tapi aku belajar sendiri macamana nak buat blog aku jadi menarik..Pon tak jugak pass..heheh..

Nih citer pasal Nuffnang. aku tak penah pon dapat BE...kalo ade pon dah expired..haritu dah tempek iklan Nuffnang tapi takder pon BE yang masukk..ke aku tak pandai..ape tuh..churp churp? oh lagi lah mak jakun tahap gampang..camner nih..kesian ai tauu..uwaaaaaa...!!!


haaa..sadis kann???



Betapa Besarnya Tanggungjawab Seorang Lelaki

Assalamualaikum..Samat Pagi..

Dah lama tak update blog..pagi ni terbaca status kat facebook kawan aku..cam best jer..Benda yang baik elok lah kita kongsi-kongsi kan..ye dak..dari takde pape nak type..baik kita manfaatkan ruangan ini dengan sebaiknya..

Betapa Besarnya Tanggungjawab Seorang Lelaki.

1. AYAHNYA....

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup Aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.


2. SUAMINYA....

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.


3. ABANG-ABANGNYA....

Apabila ayahnya sudah tiada, bertanggungjawap menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah heretan adiknya di akhirat kelak.


4. ANAK-ANAK LELAKINYA....

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya maka anak itu akan sisoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan heretan ibunya ke Neraka.





Kepada kaum lelaki..semoga anda menjadi pemimpin yang baik..Terutama buat suami tercinta Wan Mohd Khairul Anuar..kerana di tangan mu..3 wanita perlu di asuh..

Sunday, September 11, 2011

Meroyan nak masak pulak

Assalamualaikum..Samat pagi..perghh...pagi ahad yang bosan..huh..ngantuk pon ade..al maklumlah..posa arini..alang-alang dah bebudak kat rumah nak posa..aku pon tumpang sekaki lah..Kalau sensorang kang sunyi pulak nak bangun sahur..hihihi..

Amacam hujung minggu korang? pegi mane? lama dah tak hapdate pasal hari minggu kan..nak hapdate apenye sebab takde kemana-mana..Hari sabtu lepas encik suami keje pulak..So..aktiviti banyak tertumpu kat rumah..Selain dari duk fighting ngan anak-anak..Kali nih..mak budak yang tak berapa nak budak lagi dah ni..masuk dapo plak..Allaaa..bukan salu pon masak..masak pon untuk tekak sendirik jugak..heheh..

Sabtu lepas hidangan untuk makan tengahari adalah di seponsor oleh Cik Ya..katanya anak-anak buah haku..heheheh...Menu utama adalah Ayam 3 Rasa dan Pucuk Paku Goreng Telor..Simple dimple jerk..Taip banyak-banyak bukan ade orang baca pon..Baiklah tempek gambar yang tak berapa nak comel ni..Maklum aje lah..mak kan pengguna tegar  telepon tak berapa nak pintar Sony Ericsson..gambar pon taraf-taraf diva kampung jer..


Ok lah tu dari tak masak langsung kan...heheheh..Satu lagi nak bocorkan rahsia..Sebenarnya aku saje je nak test..semalam pegi kedai barangan kek..Verangan nak buat kek coklat la..siap beli bahan-bahan tu..nak bayar kat cashier..ternampak paste segera Ikan 3 Rasa..wahhh...macam best jer..aku pon beli lah dengan harapan nak makan ikan 3 rasa lunch nanti..Pastu pikir-pikir balik kalo ikan sekor memang tak cukup..Lantas..dengan laju nye pegi pasar beli ayam sekor..hahah..boley makan ramai-ramai..So..balik umah..basuh ayam..letak garam sikit pastu goreng..Lepas tu amik paste ikan 3 rasa tadi..tumis dengan minyak..letak air sikit..masuk nenas ngan tomato..pastu siap..En hubby pegi keje..terus mms beliau..bagitau yang bini anda telah memasak dengan jayanya..keh keh keh...Hubby balik keje terus nak makan nasik..Paling istimewa bila beliau puji best..Waahhaha...padahal pakai paste jer..budak darjah 1 pon boley buat...Okeh..next time nak cuba paste lain pulak..ayam masala ke..gulpp...


Nih satu lagi pencapaian terbaru saya..walaupon orang dah buat berkurun lamanya..takpe..janji saya puas hati..hari tu dah niat nak buat apam polka dot..alhamdulillah..jadi jugak..nak buat kek coklat...pun dah buat..satu lagi nak buat macaroni bakar pulak..barang dah ade..cuma mood tuh yang takde..hehhe (alasan)


Budak nih nak nyebok jugak dia..siap comot-comot ag muka makan coklat..kek tak nak makan pulak..


si kakak pulak tolong jaga adik-adik yer..yang ni sepupu dorang..Mia Sara..budak nih takut kat aku..sebab aku slalu gurau kasar ngan dia..selalu cubit-cubit..pukul-pukul...tapi slow jer..sebab geram ngan dia..badan dia ketul-ketul..Kesya tak macam nih pon..Oh yer..kakak arini pegi klinik dengan abah dia..Sebab semalam ada bintik-bintik macam bijik-bijik air..So..hari nih hubby bawak pegi jumpa doktor..risau takut encema ke..Rupanya kena serangan chicken pox pulak..Haritu dah kena sekali..Kesya pun dah kena..ayah dia lagi teruk..kena jugak..bukan ke orang cakap chic pox nih kena sekali sorang ke?? Kesian dia..gatal-gatal lah tu..Alahaiii kakak..


Sunday, September 4, 2011

Pesyen di hari raya

Assalamualaikum..Samat petang..

Hai uols..masih dalam mood raya ke? Ewah ewahh..aku dah setart keje dah..Maklumlah..cuti raya dah 3 ari dapat percuma..tambah ngan hujung minggu.dah jadik 5 hari..cukup lah tu..raya lama-lama pon takde nak pegi mane pon..sengeh kat umah jer..Ehh..tak jugak..aku kan bangsa suka bejalan..Tak lekat kat umah..celik mata terus mandikan anak-anak..pastu aku pulak siap-siap..pastu kuar pegi jenjalan kat umah sedara mara ngan kengkawan..Open house sana sini..kenduri kendara pon tak lupa jugak..Kata raya kan..harus lah*

Alhamdulillah..sonok gak raya tahun nih..Kitorang sedondon sedondan..Sampai mak aku..kakak aku dan adik ipar aku pulak naik bebulu bijik mata dorang..asik laa sama jer anak beranak..Ofkos lah..kata sehati sejiwa..gitu..muahahah..

Dah nama pon raya..masing-masing dok melaram ngan baju raya jer lah..same gak lah ngan kami..walaupon gambaq bughok..tetap jugak nak menempel kat sini..ke ada yang menyampah kat i? auww auww..bajet hot..yer lah..mak bughok..tempek gambar pon tetap nampak bughok..tempek pulak kat blog bughok jer..sob sob sob..tapi..mak tak heran..nak jugekk...hua huaa huuaa


Nih pesen baju raya kami pada pagi raya pertama..Biru turquoise..mak aihh..baru teringat yang tahun nih ramai lah pulak pakai biru..tapi takpe lah..dah nasib dah..hahahha...padahal aku beli tudung awal-awal lagi..pastu kalut duk cari baju nak match ngan baju..nasib baik jumpa..kain anak-anak pon sama..beli jer kain cotton..lembut jer..tak panas..dorang pakai baju kurung sampai petang..dah berpeluh-peluh..melekit-lekit..balik rumah terus mandi dan tido kepenatan..heheh..


Nih pesyen raya kedua..alamak..gambar gelap lah pulak..nih pon sama jugak..beli tudung dulu..pastu last minute carik baju nak match ngan tudung nih..nasib baik jumpa..tapi mahal sikit (bagi aku laa)..pejam mata jer masa nak bayar..nak melaram punya pasal..laki pon dah bagi green light jer..terus sambar tapi dalam hati 50-50..tapi takpe..janji puas hatiiii..anak-anak pulak baju beli kat F.O.S jer..rm30 3 helai..kuakk kuaakk kuakk..giler murah..


ok..hari raya ketiga kami koboi jer..bleh tak pegi beraya pakai t-shirt..laki aku suruh pakai t-shirt..dah..baju kurung purple takde..takkan nak pegi beli baju kurung?? Ko ingat aku cop duit??? muahahah..tu jer lah kut..kang tempek gambar banyak-banyak kang muntah pulak..dah laa tuan bughok..gemok plak tu..sob sob sobbb...

So..korang ape cer? Raya best tak? cepat-cepat lah hapdate..kata nak melaram ngan baju raya..kann..* Aku nak cuci mata gak nih..hihihi


Klik klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...